Ericsson memperkenalkan Ericsson Radio System sebagai salah satu usaha meningkatkan mutu rangkaian telekomunikasi di kawasan-kawasan dalam bandar yang dipenuhi bangunan pencakar langit. Kepesatan pembangunan bandar turut memberikan kesan terhadap kualiti penerimaan isyarat gelombang telekomunikasi di sesetengah lokasi.

Produk terbaru dari Ericsson ini mensasarkan rangkuman telekomunikasi mudah alih pada skala yang lebih besar serta menyediakan ruang bagi syarikat-syarikat telco tempatan menawarkan telekomunikasi 5G pada masa hadapan. Pada masa yang sama, ia turut menyediakan rangkaian yang lebih kuat berdasarkan permintaan untuk data aplikasi mudah alih yang semakin meningkat.

Sistem radio ini pada asalnya disediakan untuk meningkatkan mutu rangkaian perkhidmatan telekomunikasi suara. Namun, pada masa yang sama ia juga mampu digunakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan telekomunikasi lain termasuklah penyediaan teknologi data mudah alih 5G.

Menurut Ericsson, sistem radio Ericsson terbaru ini menggunakan tenaga yang kurang jika dibandingkan dengan sistem yang sedia ada. Selain itu, rekabentuknya direka untuk menjimatkan penggunaan ruang selain mengurangkan masa untuk kerja-kerja pemasangannya.

The new modular, compact and energy-efficient Ericsson Radio System is an ideal platform for Ericsson to support the business of operators in Malaysia today, laying the foundation for 5G and the Networked Society (Modular Sistem Radio Ericsson yang pada dan cekap tenaga ini meruapakan platform ideal untuk Ericsson menyokong perniagaan operator-operation di Malaysia hari ini serta menyediakan tapak asas untuk 5G dan juga Masyarakat Berangkaian).” ujar Todd Ashton, Pengerusi Ericsson bagi Malaysia dan Sri Lanka.

Turut hadir bersama sistem radio ini, Ericsson Radio Dot System yang disediakan sebagai penyelesaian untuk penerimaan isyarat telekomunikasi selular di dalam bangunan. Gelombang isyarat telekomunikasi selular pada kebiasaannya merosot di dalam sesetengah bangunan atas faktor rekabentuk bangunan serta bahan binaannya dan Ericsson yakin penggunaan produk ini mampu memberikan penyelesaian kepada masalah tersebut.

-Sumber berita diperoleh dari The Malay Mail 

1 komen

Tinggalkan komentar