Platform Desktop sebagai Perkhidmatan (DaaS) eQube® Rendah/Tanpa Kod daripada eQ menjalinkan Fabrik Data seluruh perusahaan bagi peranti, aplikasi dan data bersepadu dengan analisis yang boleh dilaksanakan untuk menyampaikan penyelesaian utama secara cekap bagi Transformasi Digital seperti CLM. Penyelesaian CLM eQube® bermatlamat untuk membentuk suatu segitiga emas dwiarah bersepadu antara sistem PLM, MES dan ERP yang menyatukan kejuruteraan, perancangan dan data operasi bagi menghasilkan gelung maklum balas berterusan di seluruh kitaran hayat pengeluaran.
Bagi mengambil langkah pertama dalam menawarkan penyelesaian CLM, eQ bekerjasama dengan iBase-t, penyedia perisian operasi pembuatan digital yang terkemuka untuk industri yang kompleks dan sangat dikawal selia. Solumina, perisian sistem pelaksanaan pembuatan (MES) daripada iBase-t menghubungkan operasi pembuatan, kualiti dan pengurusan mampan dalam satu aliran data yang lancar di seluruh rantaian nilai dan kitaran hayat produk. Kerjasama ini membantu organisasi besar mengambil langkah penting ke arah perjalanan transformasi digital mereka dengan menghubungkan penyelesaian MES (Solumina) dengan sistem PLM (PTC Windchill).
Dinesh Khaladkar, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif eQ Technologic Inc. berkata, “eQ teruja untuk bekerjasama dengan iBase-t bagi membantu para pengeluar mempunyai kebolehlihatan yang lengkap, memantau metrik utama dan mengoptimumkan kitaran hayat pengeluaran mereka untuk memacu hasil perniagaan yang lebih kukuh. Penyelesaian CLM prapakej kami yang dibangunkan untuk skala besar dan daya tahan ini mudah dikonfigurasi, memiliki seni bina yang senang dinaik taraf dan kalis masa depan serta memberikan penggunaan yang fleksibel.”
Sanjeev Tamboli, Naib Presiden & Ketua Pegawai Teknologi eQ Technologic Inc. berkata, “Cabaran dalam menghubungkan sistem ERP, PLM dan MES bukanlah perkara baharu, tetapi menyepadukannya dan mengekalkan/menaik taraf penyelesaian ini dengan cekap memerlukan masa, usaha dan wang. Dengan penyelesaian CLM boleh dikonfigurasi prapakej kami yang dikuasakan oleh Platform DaaS eQube® Rendah/Tanpa Kod kami, para pelanggan kini boleh mengelakkan projek IT yang mahal dan panjang serta mencapai masa yang lebih pantas untuk memperoleh nilai.”
Naveen Poonian, Ketua Pegawai Eksekutif iBase-t berkata, “Bekerjasama dengan eQ dalam menyampaikan CLM ke pasaran kami menyerlahkan komitmen iBase-t untuk memberikan nilai kepada para pelanggan kami melalui satu ekosistem rakan kongsi yang kukuh. Kami bersama-sama mengubah visi jalur digital menjadi realiti kepada perusahaan berasaskan model. Penyelesaian CLM boleh didapati pada hari ini dan ia membolehkan pandangan data bersepadu dengan aliran terhubung di sepanjang kitaran hayat unit produk. Fungsi transformasi ini memudahkan para pengeluar mengakses dan menganalisis data digital sambil mengurangkan peluang untuk berlaku ralat disebabkan terjemahan data manual.”
Penyelesaian CLM eQube® untuk Solumina dan Windchill dihantar dalam kotak dengan 7 antara muka prapakej dan boleh dikonfigurasi selanjutnya untuk disesuaikan dengan persekitaran pelanggan, sekali gus mengurangkan kitaran pelaksanaan. Selain itu, ia juga boleh digunakan pada premis atau Awan dengan menggunakan kontena dan VM.
Pelan hala tuju eQ melibatkan penyambungan sistem MES Solumina dengan PLM yang lain (iaitu Teamcenter dan Enovia) dan sistem ERP (iaitu SAP, CostPoint dan pelbagai lagi), membentuk segitiga emas yang unggul.
Sila layari https://www.1eQ.com untuk maklumat lanjut.
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/2076013/eQ_eQube_CLM.jpg
Video: https://www.youtube.com/watch?v=tAeBp9Jfxfc
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1882393/eQ_Technologic_logo.jpg
















