burning cash
Kehidupan di Lembah Klang memang penuh tekanan. Kerja atau tidak bekerja, macam dah takda beza. Kadang, isteri yang keluar bekerja lebih merugikan pada segi wang ringgit dari isteri yang tidak keluar bekerja.
Bukan maksud aku dua-dua tak payah kerja. Suami tetap juga bekerja, kalau tak, nak bagi keluarga makan apa kan.
Masalah utama yang membelenggu warga pekerja di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya adalah perumahan dan pengangkutan. Dua-dua ni memang dilema. Nak dapatkan rumah dekat dengan tempat kerja, mahal sangat. Nak dapatkan rumah murah, jauh pulak dari tempat kerja.
Dah la jauh, jem pulak tu.
Nak bersabar, kalau sebulan dua bulan boleh la tahan. Kalau sampai bertahun hadap jem, mau gila jadinya untuk tinggal di Kuala Lumpur ni. Memang rasanya salah seorang kena berhenti kerja adalah pilihan yang lebih bijak. Daripada stress kerana kerja sampai bergaduh laki-bini, baik duduk rumah jaga keamanan keluarga.

21 KOMEN

  1. masa muda2 ni carilah pengalaman berkerja jika sudah ada peluangnya..isteri yg xberkerja ruang lingkungnya terlalu kecil membuatnya rendah diri n stres. masalah kesesakan jln yg mengorban wang n masa…pandai2lh mengaturnya…

  2. zaman skrg kannnn.. susah nak kata.. sana sini jammed.. bila nak lari dari jammed trpaksa dok jauh dr bandar.. lps tu pkir costing plak..
    kan best kalau in future buat kerja dari rumah je.. hehehe

  3. hari-hari jammed.. dah la jalan banyak yang tutup sebab nak bina MRT tu.. lama-lama memang boleh jadi stress.. apa yang boleh buat layan je juga dan berdoa semoga semua ini akan berakhir..

  4. sometimes klu kita tgk kat tv, orang yang kat kg banyak yang nk berhijrah ke bandar…nk get a bettle life katanya..tapi hakikatnya hidup di bandar nie tak semudah yang disangka…

    Regards,
    -Strider-

  5. sy pun nk elak jem and belanja myk yg byk, kenalah korban masa keluar rumah awal sket dan naik tren je.. nak berjimat ni kene korban kat pada2 yg patut n berbelanjalah ikut kemampuan…

  6. susah nk dpt org yg faham dgn permasalahan org lain….bila baca entri ni,teringat audio wanita dari melaka yg mengamuk sbb hadapi jem setiap hari apabila pulang bekerja,smpai rmh sehingga pukul 3 pg,rasanya adikpun mesti ada dgr audio tu sbb dh tersebar luas..memang kasihan sgt,akak rasa beban dia lg berat sehingga menimbulkan tekanan dlm diri dn seterusnya berlaku perkara yg memalukan diri dia sendiri tp bg akak wanita ini tk blh dipersalahkan..kena fhm situasi dia bagaimana…

Tinggalkan komentar