Telekom Malaysia (TM) mengumumkan pihaknya telah menandatangani perjanjian sewaan infrastruktur fiber dengan Digital Nasional Berhad (DNB) bagi mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G negara.

Perjanjian sewaan dengan nilai kontrak keseluruhan RM2 billion untuk tempoh sepanjang 10 tahun ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif TM, Imri Mohktar, Naib Presiden Eksekutif TM WHOLESALE, Amar Huzaimi Md Deris, Ketua Pegawai Eksekutif DNB Augustus Ralph Marshall, dan Ketua Pegawai Operasi DNB Dushyanthan Vaithiyanathan.

Melalui perjanjian ini, DNB akan memanfaatkan infrastruktur fiber dan rangkaian TM yang meluas. Selain itu, DNB juga melanggan penyelesaian Fronthaul dan Backhaul RAN-to-Edge 5G dari TM. Dalam pada masa yang sama, TM akan menyediakan DNB dengan perkhidmatan sewaan fiber 5G bagi sambungan antara tapak-tapak mudah-alih dan nod-nod 5G milik DNB.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan, TM bersama-sama penyedia fiber lain di Malaysia telah menyertai ujian 5G Fibre Leasing Request for Quotation (RFQ) yang dijalankan oleh DNB pada Jun 2021. Setakat ini, hanya TM selaku penyedia rangkaian fiber yang telah menandatangani dengan DNB.

Lanjutan dari perjanjian antara TM dan DNB baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif TM, Imri Mokhtar menjelaskan:

“As DNB’s selected partner in implementing the Government’s 5G network rollout plan in Malaysia, the signing of this Fibre Agreement is testament to our advanced network technology and workforce capabilities in delivering fibre solutions throughout the country. Critical in executing this mission is to ensure our network is robust to support the future requirements of 5G and further fuel technological innovation in Malaysia.”

Beliau turut menambah, berdasarkan pelaksanaan fiber semasa dari TM, pihaknya menjangkakan lebih dari 70% kerja-kerja ini akan melibatkan dan memanfaatkan perniagaan bumiputera dan tempatan.

Setakat ini, hanya TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes) sahaja yang mengesahkan penyertaannya dengan ujian pengguna 5G DNB sehingga 31 Mac 2022.

Tinggalkan komentar