Opensignal sering menerbitkan Mobile Network Experience Report untuk Malaysia dua kali setahun iaitu pada April dan September. Seperti biasa, laporan untuk September 2022 kini diterbitkan dan menunjukkan Digi sekali lagi menerajui kategori kelajuan muat turun internet mudah alih.

Digi mula merampas kedudukan ini sejak dari April 2021 daripada Maxis. Untuk tahun ini, Opensignal menyatakan Digi telah berjaya melepasi paras 20Mbps yang mana tidak pernah berlaku di Malaysia sebelum ini.

Sekali lagi, Maxis di tangga ke dua sungguhpun beza di antaranya dengan Digi hanya 1.3Mbps. Bagaimanapun, tahap kelajuan syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain dilihat agak jauh kebelakang terutamanya U Mobile yang mencatatkan kelajuan di bawah 10Mbps.opensignal-malaysia-september 2022-5

Malah jika dibandingkan dengan laporan April 2022, perbezaannya mencecah 4.2Mbps. Pun begitu, U Mobile mendahului syarikat-syarikat telekomunikasi lain dari segi kelajuan memuat naik. Maxis dan Digi pula agak sama dengan masing-masing mencatatkan kelajuan memuat naik 7.0Mbps dan 6.7Mbps. Celcom, unifi dan Yes pula agak jauh di belakang.opensignal-malaysia-september 2022-4

Selain dari peningkatan untuk kelajuan memuat naik, Digi turut cemerlang di dalam kategori Pengalaman Video yang turut diikuti oleh Maxis.  Sama seperti pada April lalu, kategori Pengalaman Permainan terus dikuasai Maxis dan syarikat telekomunikasi berkenaan turut mengungguli Pengalaman Aplikasi Suara bersama-sama U Mobile.opensignal-malaysia-september 2022-4

Untuk liputan 4G pula, ia masih lagi sama seperti laporan April baru-baru ini dengan Celcom mendahului kategori ini dan diikuti oleh Digi, Maxis, U Mobile, unifi, dan Yes. Begitu juga dengan ketersediaan 4G yang mana Yes terus mengekalkan pada kadar 98.8%.

Laporan September 2022 untuk Malaysia ini disimpulkan dengan metrik Core and Excellent Consistent Quality yang memaparkan prestasi yang mampu disediakan untuk menjalankan set-set aplikasi tertentu untuk sesebuah rangkaian. Digi dan unifi cemerlang dalam kategori ini, sama seperti yang pernah dicapai pada April lalu.opensignal-malaysia-september 2022-1

Maklumat lanjut, layari https://www.opensignal.com/reports/2022/09/malaysia/mobile-network-experience

Tinggalkan komentar