Utama Mobile Android Digi Tawarkan Huawei Mate 9 Pro, harga bermula RM1,549

Digi Tawarkan Huawei Mate 9 Pro, harga bermula RM1,549

1032
12

Digi telah memasukkan Huawei Mate 9 Pro ke dalam peranti jualan pukalnya. Harga jualan Huawei Mate 9 Pro adalah pada RM3,399. Namun, jika anda mendaftarkan diri dengan syarikat telco berkenaan, anda boleh mendapatkannya pada harga serendah RM1,549 berserta sebuah power bank percuma melalui pembelian atas talian.

Digi menawarkan Huawei Mate 9 Pro melalui pelan Pascabayar Digi 78/108/138 dengan kontrak 24 bulan. Sama seperti kebanyakan jualan peranti pukal Digi yang lain, anda boleh memilih untuk membayar secara tunai sebaik sahaja mendaftar (harga peranti dan bayaran pendahuluan) atau membayar melalui Pelan Pembayaran Mudah dengan kadar faedah 0% dan tanpa bayaran pendahuluan.

Bagi anda yang ingin mendapatkan Huawei Mate 9 Pro dari Digi melalui Easy Payment Plan, layari laman web Digi untuk semakan lanjut.

Pelan Digi Huawei Mate Pro 9 (RRP RM3,399) Pascabayar Digi 78 Pascabayar Digi 108 Pascabayar Digi 138
Bayaran Bulanan RM78 RM108  RM138
Data (Sepanjang Hari + Hujung Minggu) 6GB+6GB 9GB+9GB  12GB+12GB
Panggilan Percuma Panggilan tanpa had Panggilan tanpa had Panggilan tanpa had
SMS Percuma 200 SMS 400 SMS SMS Tanpa Had
Kontrak 24 Bulan  RM2,479 RM1,959 RM1,549

Huawei Mate 9 Pro merupakan versi premium Huawei Mate 9 yang pernah diumumkan pada November 2016 dan ia merupakan telefon pintar keluaran Huawei yang paling anggun setakat ini. Menampilkan, paparan QHD AMOLED 5.5” dwi-lengkungan dengan kerangka logam pada bahagian belakangnya.

Di dalamnya, ia dikuasakan oleh pemprosesan lapan teras HiSilicon Kirin 960 dengan memori berkapasiti 6GB. Dari segi storan, telefon pintar ini tidak boleh dikembangkan kapasitinya melalui slot kad mikro SD dan ia menawarkan storan dalaman sebesar 128GB.

Paling menarik adalah pada kameranya yang diusahakan bersama-sama kejuruteraan Leica menawarkan sistem dwi-kamera pada belakangnya, 20MB monokrom + 12MP RGB f/2.2. Kamera hadapannya yang khusus untuk berswafoto hadir dengan ciri 8MP.

Layari laman web Digi untuk maklumat lanjut.

12 KOMEN

  1. skrg pelbagai telco offer byk pelan utk berbagai-bagai smartphone, sesiapa tau mana satu pelan yg baik bagi samsung s8?

  2. walaupun pelan celcom maam baik, tapi i tak suka terikat dgn kontrak. sbb u perlu terikat pada kontrak selama 2 tahun, lamanya sgt.

    • betul juga, pelan tu offer byk smartphone yg terkini, pelbagai pilihan. Yg terpenting tu i tak perlu bayar sekali gus, i blh bayar secara ansuran dgn harga yg tak beban.

Tinggalkan komentar