Perang terhadap berita-berita palsu kini sedang dihangatkan di Jerman. Para penggubal undang-undang di sana sedang merangka satu undang-undang bagi menjadikan laman media sosial lebih bertanggungjawab terhadap kandungan di dalamnya.
Parti Sosial Demokratik Jerman menggesa Facebook agar mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi menghentikan penyebaran berita-berita palsu.
Pengerusi Parti Sosial Demokratik, Thomas Opperman memberitahu kepada akhbar Der Spiegel bahawa Facebook masih lagi tidak berjaya sepenuhnya mengawal penyebaran berita-berita palsu. Atas sebab itu, kerajaan Jerman berhasrat untuk menjadikan ianya sebarang rang undang-undang bagi menghalang sebarang bentuk fitnah disebarkan secara berleluasa.
Menurut usul undang-undang tersebut, Facebook boleh dikenakan saman sehingga 500,000 Euro (bersamaan RM2.3 juta) jika didapati gagal untuk memadamkan mesej-mesej palsu dalam tempoh 24 jam selepas dilaporkan. Tindakan memberi penjelasan sebenar juga perlu dimaklumkan pada tempoh tersebut. Walaubagaimanapun, Thomas Opperman tidak menyatakan apakah bentuk penjelasan yang perlu dibuat oleh Facebook.
Jerman mengambil berat terhadap kesan yang dibawa oleh berita-berita palsu pada pilihanraya sebagaimana yang telah terjadi pada pilihanraya Presiden Amerika Syarikat dan kempen Brexit. Jerman kini sedang bersiap sedia untuk menjalani pilihanraya 2017 dan Canselor Angela Merkel menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan pengaruh ekstreme kanan dalam masyarakat Jerman hari ini.
Sumber berita diperoleh dari DW
bagus tindakan sebegini