Telekom Malaysia mengesahkan pelantikan Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baru.
Sebelum ini beliau pernah menjawat sebagai Ketua Pegawai Teknologi Celcom dari tahun 2003 hingga 2010, dan pelantikannya dibuat berdasarkan 34 tahun pengalaman beliau di dalam sektor telekomunikasi di Malaysia dan juga di Indonesia.
Beliau turut memegang jawatan kanan dalam Celcom, termasuk Ketua IT dan Pegawai Transformasi, Ketua Pegawai Kolaborasi Penyedia dan Ketua Pegawai Projek Khas, sehingga Mac 2018. Dilahirkan pada tahun 1959, beliau merupakan salah seorang individu penting di dalam Celcom.
TM sebelum ini beroperasi tanpa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan sejak Dato Sri Mohammed Shazalli Ramly meletak jawatannya pada Jun tahun lepas. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Imri Mokhtar, dilaporkan telah dicadangkan oleh Kementerian Kewangan, namun ditangguhkan oleh Ketua Pengerusi TM, Rosli Man.
Lanjutan dari pelantikan ini, Encik Imri Mokhtar akan meneruskan tugasannya sebagai Ketua Pegawai Operasi TM.
Pelantikan baru ini diharapkan dapat memulihkan keyakinan pelabur dengan kadar segera, sesuai dengan status TM sebagai syarikat tersenarai awam.
Sumber berita diperoleh dari NST













