Tarikh pelaksanaan cukai digital terhadap kandungan-kandungan digital dari luar negara kian hampir dan kini semakin banyak penyedia yang mula memperjelaskan cara pelaksanaannya.

Google sebelum ini pernah memaklumkan cukai 6 peratus akan merangkumi seluruh produknya dan kali ini Google menyatakan secara khusus cukai ini terhadap Google Play Store.

Menerusi satu surat berita yang dikeluarkan untuk kumpulan pembangun aplikasi, cukai baru ini akan mula dikenakan pada Google Play Store bermula 1 Januari 2020. Google juga turut menyatakan cukai ini merangkumi seluruh produk di dalam Play Store tanpa mengira negara pembangunnya termasuk pembangun dari Malaysia selagi ianya dibeli oleh pengguna Malaysia.

Pada masa yang sama, Google turut menyatakan pihaknya bertanggungjawab untuk melaksanakan, mengutip dan menyerahkan cukai digital ini kepada agensi kerajaan yang bertanggungjawab.

Sumber berita diperoleh dari The Star

Tinggalkan komentar