Maklumat tertiris berkenaan Galaxy Watch dan kemaskini One UI 8 yang akan datang mendedahkan terdapat perubahan yang besar pada reka bentuk cover screen Galaxy Z Flip 7.
Pada asalnya Galaxy Z Flip 7 dijangka akan mempunyai rekaan cover screen yang sama seperti model sebelumnya. Kini dengan maklumat baharu yang tertiris daripada aplikasi Samsung, dijangkakan paparan baharu ini kelak lebih besar, mirip dengan siri Motorola Razr.
Menurut Android Authority, terdapat fail yang menunjukkan imej pengolokan seperti ikon untuk Galaxy Z Flip 5 dan Flip 6, serta Galaxy Z Flip 7 yang skrinnya kelihatan meliputi sehingga ke segenap penjurunya dan mengelilingi kamera-kameranya.
Samsung sebelum ini mula memperbesarkan bahagian cover screen siri ini bermula sejak Galaxy Z Flip 5. Tidak dapat dipastikan sama ada Samsung mempunyai rancangan untuk membolehkan lebih banyak aplikasi dijalankan pada cover screen yang lebih besar berbanding apa yang ditawarkan sekarang pada Galaxy Z Flip 6.