Pelanggan-pelanggan CIMB di Malaysia telah menyatakan tidak dapat mengakses hampir kebanyakan perkhidmatan bank tersebut hari ini.

Antara perkhidmatan yang dimaksudkan ialah CIMB Clicks, ATM dan mesin deposit tunai (CDM), serta pembayaran kad debit dan kredit.

Punca masalah gangguan sistem CIMB ini masih lagi belum diketahui. Hal ini kerana pihak CIMB masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

Maklumat mengenai masalah tersebut telah dikongsikan oleh hampir seluruh pengguna CIMB di Malaysia. Laman rasmi Facebook dan Twitter CIMB juga dihujani dengan pelbagai aduan dan rungutan dari pelanggan-pelanggannya.

Berdasarkan maklumat awal dari tinjauan di platform media sosial Facebook dan Twitter, masalah ini dikesan bermula sekitar tengah hari tadi.

Pihak CIMB sedang mengusahakan pembaikan bagi masalah berkenaan dalam tempoh sesegera mungkin.

Tinggalkan komentar