Tidak beberapa lama dahulu, Samsung telah menyatakan pihaknya sedang di dalam proses untuk memperkenalkan telefon pintar boleh lipat menjelang awal tahun 2019.

Ia dikatakan akan dikenali sebagai Samsung Galaxy X dan baru-baru Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Peranti Mudah Alih Samsung, DJ Koh memaklumkan bahawa peranti berkenaan bakal menemui pengguna seawal November ini.

Walaubagaimanapun, beliau tidak mengesahkan nama yang akan digunakan pada peranti berkenaan. Menurut beliau lagi, beberapa aplikasi khusus kegunaan peranti berkenaan kini sedang giat dibangunkan dan ianya amat penting sebagai ciri unik pada telefon pintar boleh lipat berkenaan berbanding telefon pintar atau tablet lain yang sedia ada dipasaran sekarang.

Rekaan telefon pintar boleh lipat menjadi fungsi tablet ini mungkin banyak membantu pengguna-pengguna yang bekerja secara mudah alih untuk bergerak ke mana-mana. Tambahan pula, dengan keadaan jalan raya yang semakin sesak dengan bilangan kereta yang semakin bertambah, kebanyakan pengguna lebih mudah untuk bergerak dengan lebih ringkas seperti menggunakan motosikal atau menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Sumber berita diperoleh dari CNBC

Tinggalkan komentar