Pernahkah anda memasang Windows 10 dan kemudian rasa menyesal sebab menggunakannya? Anda sebenarnya boleh kembali semula ke sistem operasi anda yang terdahulu dengan beberapa langkah berikut. Bagaimanapun, menurunkan taraf dari Windows 10 ke Windows 7 atau Windows 8.1 tidak semudah seperti sewaktu awal-awal pengenalan Windows 10 dahulu.

Ketika Windows 10 dilancarkan oleh Microsoft sekitar pertengahan tahun 2015 dahulu sebagai naik taraf percuma untuk pengguna Windows 7 dan Windows 8.1, pengguna diberikan peluang untuk patah balik sistem operasi yang terdahulu dalam tempoh 30 hari selepas pemasangan.

Hari ini, menurun taraf dari Windows 10  ke Windows 7 dan Windows 8.1 memerlukan pengguna melakukan fully reinstall sistem operasi yang terdahulu atau restore backup image sistem operasi berkenaan. Ini adalah untuk pengguna jenis Home User. Kalau yang guna Bussiness License, hal untuk menurunkan taraf sistem operasi ini adalah lebih rumit dan mungkin perlu ditulis di dalam artikel yang berasingan.

Penting! Sebelum anda memulakan proses reinstall sistem operasi pada komputer anda, sebaiknya anda perlu membuat backup terlebih dahulu. Kalau nak buat backup secara cloud pun boleh.

Dua benda penting yang ada perlu ada untuk memasang semula Windows 7 atau Windows 8.1 anda: pertama, installation media yang bersesuaian untuk versi Windows yang anda ingin pasangkannya semula dan kedua, kekunci produk (product key) yang sah untuk Windows berkenaan.

Fail Instalasi

Untuk mendapatkan fail installation Windows berkenaan adalah dengan melayari laman rasmi Microsoft untuk mendapatkan installation media sistem operasi mengikut keperluan anda. Perlu diambil perhatian bahawa versi yang anda muat turun perlu sama dengan versi product key yang ada pada anda. Misalnya lesen Windows 7 Home tidak boleh digunakan untuk mengaktifkan Windows 7 Profesional. Bagi anda pengguna laptop atau prebuilt desktop, anda mungkin boleh menggunakan restoration disc yang didatangkan bersama-sama sewaktu pembelian. Apa yang penting adalah product key Windows anda perlu dijaga dengan rapi supaya tidak hilang.

Nota: Untuk mencipta media instalasi anda sendiri, muat turun disk image untuk Windows 7 atau Windows 8.1 dan simpankannya di dalam komputer Windows 10 anda. Kemudian, gunakan Windows USB/DVD Download Tool  bagi menjadikannya sebagai sebuah media. Seterusnya, wizard akan membimbing anda meneruskan proses tersebut.

Sebaik sahaja data anda sudah selesai dibuat backup dan fail instalasi juga sudah tersedia:

  1. Klik Start, dan klik Settings. (Settings adalah sebuah ikon berbentuk gear)
  2. Klik Update & Security. (Jika anda tidak menemukannya, klik Home terlebih dahulu.)
  3. Klik Recovery.
  4. Klik Advanced Startup.
  5. Klik Use a Device.
  6. Pilih sama ada pada partition lain, USB drive, atau DVD drive mengikut kesesuaian
  7. Lengkapkan proses instalasi sistem operasi penggantian tersebut.

Kalau betul anda memang tidak ada langsung product key untuk sistem operasi asal komputer berkenaan, anda boleh memuat turun program ShowKeyPlus yang boleh dimuat turun di sini. Program berkenaan akan memaparkan maklumat terperinci berkenaan product key dan lesen komputer anda, termasuklah “original key” dan versi Windows yang dipasang pada komputer anda sebelum dinaiktaraf ke Windows 10. Anda boleh menggunakan product key berkenaan sejurus selepas pemasangan semula sistem operasi yang terdahulu bagi mengaktifkan Windows 7 atau Windows 8.1 anda.

Artikel asal ini ditulis pada 18 September 2017.

Kemaskini terkini: 26 Februari 2019

2 KOMEN

  1. Boleh cuba ni. Memang lepas update ke windows 10 hari tu laptop meragam sikit. Recovery disk tak dapat masa beli, kena burn sendiri, tapi tak buat juga. Windows key ada.

    Boleh cuba kaedah ni.

Tinggalkan komentar