Samsung dijangka akan mengumumkan peranti Galaxy baharunya pada Ogos ini menerusi acara Galaxy Unpacked. Dijangkakan, Samsung akan memperkenalkan beberapa peranti baharu di dalam acara tersebut.
Bagi anda yang ingin mengetahui berkenaan teknologi baharu yang akan diperkenalkan oleh Samsung serta peminat tegar produk-produk Samsung, akan mungkin berminat untuk menyertai acara tersebut.
Bilakah Acara Galaxy Unpacked akan dilangsungkan?
Dijadualkan, Samsung akan mengadakan acara tersebut pada 11 Ogos 2021, jam 10 malam, waktu Malaysia. Bagi anda yang terlepas dengan acara tersebut, anda masih lagi boleh mengikutinya menerusi saluran rasmi YouTube Samsung.
Bagaimana cara untuk menonton acara Samsung Galaxy Unpacked secara langsung?
Samsung akan menyiarkan acara tersebut secara penstriman menerusi YouTube dan anda juga boleh menontonnya secara langsung di sini.
Anda boleh mengikuti acara Samsung Galaxy Unpacked 2021 ini melalui pautan berikut:
Jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan minat anda di dalam acara Samsung Galaxy Unpacked 2021 bagi mendapatkan baucar tambahan Samsung RM 300. Baucar tersebut juga memerlukan anda melakukan pra-tempahan untuk peranti Galaxy baharu yang akan dilancarkan kelak dan ianya terhad untuk digunakan pada peranti Galaxy boleh pakai dan aksesori sahaja.
Samsung dijangkakan membawakan inovasi baharu melalui acara tahunannya pada tahun ini. Sebelum ini Samsung pernah memperkenalkan peranti baharu yang unik melalui teknologi terkini yang dibangunkan olehnya seperti Samsung Galaxy Z Flip 5G.













