Utama Mobile Aplikasi Cara menonton Sukan Olimpik Tokyo 2020 Live Online secara percuma

Cara menonton Sukan Olimpik Tokyo 2020 Live Online secara percuma

1762
0
Olimpik Tokyo 2020 Live Stream Percuma

Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara rasminya telah bermula pada jam 7 malam tadi, waktu Malaysia sungguhpun beberapa acara sudah pun bermula sebelum acara perasmiannya dilangsungkan.

Bagi anda yang berminat untuk mengikuti siaran langsung acara-acara yang dipertandingkan di Sukan Olimpik ini, anda boleh mengikutinya di dalam talian secara percuma.

Tonton Live Sukan Olimpik Tokyo 2020 RTM Online

Salah satu kaedah yang boleh digunakan adalah melalui laman web rasmi Olimpik Tokyo 2020 live melalui RTM iaitu:

Olimpik Tokyo 2020 RTM Live Streaming PercumaUntuk makluman, RTM merupakan penyiar rasmi Sukan Olimpik edisi kali ini dan turut menyediakan lima saluran siaran langsung khusus untuk acara-acara yang dipertandingkan.

Seluruh saluran yang ditawarkan secara online ini boleh dinikmati tanpa sebarang langganan atau pendaftaran akaun. Anda hanya perlu ke laman web berkenaan di sepanjang tempoh Sukan Olimpik ini berlangsung dari 24 Julai 2021 sehingga ke upacaran penutupannya pada 8 Ogos 2021, jam 7 malam waktu Malaysia.

Selain dari laman web rasmi yang menayang secara khusus siaran langsung Sukan Olimpik Tokyo 2020, RTM turut menayangkan siaran Olimpik Tokyo secara live di:

Tonton Sukan Olimpik Tokyo 2020 Online di aplikasi Unifi PlayTV

Unifi TV Olimpik Tokyo 2020Selain RTM, TM turut menawarkan 13 saluran HD Olimpik secara percuma kepada pelanggan-pelanggan Unifi. Anda boleh menontonnya melalui set kotak TV Unifi atau melalui aplikasi Unifi PlayTV. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Apple AppStoreGoogle Play Store dan Huawei App Gallery.

Tinggalkan komentar