Adakah anda rajin membersihkan tangan anda sebelum menggunakan peranti berskrin sentuh anda seperti telefon pintar, tablet atau laptop? Mungkin jarang, sebab saya sendiri pun kadang tak buat. Hasilnya, ia menjadikan skrin pada peranti kita kelihatan comot.
Skrin sesentuh perlu dibersihkan sekerap mungkin. Ia lebih mudah menjadi comot berbanding non-touchscreen. Kotoran yang ada pada skrin mungkin mengganggu kelancaran anda menggunakan peranti tersebut.
Untuk membersihkan, anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar. Skrin sesentuh mungkin boleh dianggap sebagai sesuatu yang berteknologi tinggi, namun ianya boleh dibersihkan dengan alatan yang ringkas dan mudah.

Anda hanya memerlukan kain microfiber (kain yang biasa digunakan untuk lap cermin mata) yang biasanya didatangkan secara percuma sewaktu pembelian peranti berskrin sentuh. Jika tiada, anda boleh mendapatkannya di sesetengah komputer atau di kedai-kedai gambar.
Pada paparan skrin sentuh anda, sebaiknya anda menggunakan paparan yang berlatarkan warna putih. Anda mungkin boleh mencuba dengan membuka aplikasi menaip seperti Word, Notepad dan sebagainya supaya mudah untuk anda mengesan sebarang kekotoran pada skrin sentuh anda.
Kemudian, lapkan dengan lembut pada skrin peranti anda. Anda boleh lap dengan pelbagai teknik, sama ada kiri ke kanan, atas ke bawah mahupun dengan membuat bentuk bulatan.
Jika kotoran degil masih lagi tidak boleh dihilangkan, anda boleh mencuba menggunakan petua ini dengan menggunakan air yang dicampur dengan sedikit cuka makan.
Sediakan air di dalam satu bekas dengan 1/3 bahagian diisi dengan air mutlak. Kemudian, campurkannya dengan cuka makan sehingga ianya hampir penuh. Tutup bekas dan goncangkan hingga sebati.
Tuangkan sebatian air bercampur cuka itu tadi ke kain microfiber dan lapkan pada bahagian yang kotor. Pastikan peranti telah ditutup (shut down) terlebih dahulu sebelum anda mengelapkannya dengan sebatian tersebut sebagai langkah keselamatan. Kemudian, anda boleh mengeringkannya dengan menggunakan kain microfiber yang kering. Pastikan juga, skrin anda benar-benar kering sebelum anda membukanya (turn on) kembali.
Moga bermanfaat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan IT, anda boleh menghantarkannya kepada sylarius@gmail.com














Salam Hormat.
Tips yang berguna untuk kegunaan semasa 🙂
Terima kasih atas perkongsian… Zumal pun dah banyak cap jari…
Tips terbaik..Selalu mengguna kain ‘microfiber’ mengelap Tv skrin rata.
Skrin Tv rata memanglah sensitif.cepat habuk terlekat
Paling tak larat klu org pinjam phone touchscreen kita. Bukan lokek, cuma tak tahan klu org tu jenis tak prihatin. Habis screen berminyak.. kena minyak muka org. Paling tak boleh go klu siap peluh2 sekali huhu.. adoii.. ::D
terbaik la bro..semakin banyak tips yang bermanfaat dalam blog ini..saya biasa lap pakai kertas itu sahaja..itu kalau sempat..biasa tidak sempat
selalu pakai kain lap spek tu gak..
Cermin mata kakak memang jaga sebab kalau ada sedikit pun kotoran penglihatan tak lancar, tapi skrin monitor kakak ni kakak lap kadang guna tisu aje hihi… tak ambil berat sangat. Itu pun biasa buat tiap hari Isnin aje. Kain khas yg diberi foc tu entah dah kemana dah:)
Tq sharing….
Terima kasih atas perkongsian maklumat. Saya juga selalu bersihkan guna pengelap cermin mata..
memang mudah, tak perlu hantar kedai.
buat sendiri di rumah.
tengok keadaan juga..kalau kotor sangat boleh bersihkan secara intensif..
kalau biasa-biasa sahaja..lap dengan kain bersih pun ok,,
Saya pun selalu guna kain tue juga.
Buat lap gajet dan laptop.
Kalau tak memang berhabuk penuh.
Hehehe.
Terima kasih tips nya…
Kadang2 saya guna kertas tisu aje…kain tu entah kat mana…huhh