Bukit Tunku, sebuah kawasan elit di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur dilaporkan menjadi kawasan pertama di Malaysia yang menerima liputan 5G.
Perkara ini telah dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Berhad (DNB), Encik Ralph Marshall menerusi wawancara dengan akhbar The Star.
Liputan rangkaian 5G berkenaan walaubagaimanapun tidak disediakan secara terbuka kepada umum oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Dalam masa yang terdekat ini, dijangkakan liputan akses 5G akan dikembangkan ke seluruh negara secara berperingkat.
Antara kawasan-kawasan terawal yang akan menerima liputan rangkaian generasi kelima menjelang Disember 2021 ini:
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Cyberjaya
Imej cover dari The Edge Markets













