Antara benda wajib yang perlu diperingatkan untuk dibawa tiap kali bila nak keluar rumah termasuklah – dompet, telefon dan kunci. Tapi, tak lama lagi mungkin tinggal cuma dua benda sahaja yang perlu dibawa, dompet dan telefon.
Hal ini disebabkan oleh Apple dikhabarkan tidak lama lagi akan memperkenalkan fungsi terbaru yang membolehkan pengguna membuka kunci pintu rumah dan kereta dengan hanya menggunakan iPhone.
Menurut The Information, chip komunikasi medan-dekat (near field communication, NFC) yang ada pada iPhone mampu dipertingkatkan lagi keupayaan sedia adanya. Pada masa ini NFC kerap digunakan sebagai salah satu cara transaksi pembayaran seperti Apple Pay.
Artikel tersebut juga menyatakan peningkatan mutu chip NFC yang dijangka akan diumumkan sekitar bulan hadapan mampu menjadi pemangkin kepada penggunaan iPhone di dalam interaksi keselamatan yang sensitif. Dari membayar tambang pengangkutan awam dan membuka pintu kereta hinggalah melakukan pengesahan identiti.
Apapun, maklumat lanjut mengenai hal ini akan diketahui umum menjelang acara Worldwide Developers Conference (WWDC) yang bakal berlangsung pada 4 Jun 2018. Sama-sama kita nantikan.
Sumber berita diperoleh dari The Information














Senanglah.. takde lagi berlaku kehilangan kunci.. 😉