Penerima Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun bank yang sudah tidak aktif akan menerima bayaran secara tunai.
Lebih kurang 400,000 penerima BPN yang layak akan menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan semalam berkata penerima BPN boleh menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 April, 2020 hingga 31 Disember 2020.
Sehingga kini, lebih kurang 2.8 juta permohonan rayuan BPN telah diterima oleh Lembaga Hasil Dalan Negeri (LHDN).
Menurut Menteri Kewangan, “LHDN sedang membuat pertimbangan dan akan membuat keputusan sebelum 30 April,”













