Lanjutan dari pengumuman yang dibuat Jun lalu, Bluetooth Special Interest Group (Bluetooth SIG) telah mendedahkan spesifikasi teknologi Bluetooth 5 yang telah dipertingkatkan. Teknologi berkenaan kini telah sedia untuk digunakan oleh para pengeluar peranti di serata dunia. 

Bluetooth 5 menawarkan lebar jalur dia kali ganda, empat kali ganda julat dan lapan kali ganda kapasiti pemancar mesej Bluetooth 4.2. Kekuatan ini dijangka mampu dimanfaatkan oleh perkakasan elektrik pintar dan Internet of Things (IoT) yang pada masa ini tidak dapat ditampung oleh piawaian sedia ada.

Menurut Mark Powell, Pengarah Eksekutif SIG, Bluetooth bakal merevolusikan pengalaman penggunaan IoT dikalangan pengguna harian apabila ia menawarkan tahap sambungan yang lebih stabil dan kuat.

Bagi fon kepala pula, Bluetooth 5 hanya menawarkan jarak sambungan yang lebih jauh tanpa sebarang peningkatan pada kualiti audio. Dijangkakan, peningkatan terhadap kualiti bunyi ini hanya dapat disaksikan pada tahun 2018 kelak.

SIG turut menjangka kelompok pertama produk yang dilengkapi dengan Bluetooth 5 akan hadir ke pasaran seawal tahun hadapan.

Sumber berita diperoleh dari Bluetooth

1 komen

Tinggalkan komentar