Rutin pembersihan fail-fail log di dalam komputer yang kerap dapat memberikan komputer anda ruangan yang lebih di dalam storan. Kebanyakan pengguna menggunakan perisian pembersihan seperti CCleaner dari Piriform.
CCleaner merupakan perisian yang bagus, namun terdapat sesetengah pengguna baru yang merasakan ianya terlalu rumit untuk digunakan disebabkan fungsi-fungsi yang ditawarkan olehnya agak banyak.
Memperkenalkan alternatif kepada CCleaner, Kaspersky Cleaner Beta dari firma keselamatan sistem komputer Kaspersky. Antaramukanya lebih ringkas untuk memudahkan penggunaannya.
Untuk mendapatkannya, pengguna boleh memuat turun dari laman web rasmi Kaspersky di sini secara percuma. Sebaik sahaja ianya dipasang, anda boleh terus menggunakannya.
Paparan seperti yang ditunjukkan di atas muncul dan anda boleh klik pada ‘Start Scan’ dan Kaspersky Cleaner akan melakukan analisa pantas pada komputer anda. Ia hanya memerlukan tempoh dalam beberapa saat sahaja jika komputer anda tiada mengalami sebarang masalah.
Kemudian, perisian ini akan memaparkan hasil keputusan analisa yang telah dilakukan berdasarkan;
System Cleanup: Bersihkan cache, dump files, senarai recent documents, Recycle Bin, contents, temporary files, dan log instalasi.
Restore System Settings: Pulihkan kembali tetapan sistem dan timeout, betulkan asosiasi fail, pulihkan pelanggaran akses dan tetapan konfigurasi aplikasi.
Remove Activity Traces: Bersihkan sejarah carian, padamkan cookies, bersihkan folder sistem Temp dan bersihkan log Windows.
Private Browsing: Bersihkan cache pelayar, tetapan privasi Windows 10, dan senarai dokumen-dokumen terbaru. 
Klik pada setiap ikon berkenaan untuk melihat senarai masalah-masalah yang ditemukan oleh Kaspersky Cleaner. Senarai disusun mengikut tahap keseriusan masalah berkenaan. Anda boleh semak sendiri dan boleh untick pada mana-mana masalah yang anda rasakan tidak perlu dikenakan sebarang tindakan.
Seterusnya, anda boleh klik pada Fix untuk membolehkan tindakan pembersihan komputer dijalankan. Setelah selesai, anda mungkin boleh melakukan restart komputer anda.
Jika anda merasakan pembersihan yang telah dilakukan ini menyebabkan perubahan-perubahan yang anda tidak ingini, anda boleh kembalikan semula keadaan dengan klik pada ikon ‘Roll Back Changes’.













