Baucer penghantaran percuma atau free shipping pada kebiasaannya ditawarkan oleh Shopee kepada pengguna dengan menebuskannya ketika pembayaran untuk pembelian dibuat.
Baru-baru ini didapati platform perdagangan dalam talian ini telah memperkenalkan perubahan baharu terhadap baucar penghantaran yang sebelum ini amat popular di kalangan penggunanya.
Shopee dilihatkan telah memperkenalkan had baharu bagi baucar penghantaran percuma iaitu RM3 sahaja bagi Semenanjung Malaysia, dan RM8 bagi Sabah dan Sarawak. Oleh demikian, baucar penghantaran percuma ini tidak lagi dianggap sebagai benar-benar percuma lagi memandangkan pengguna masih tetap dikenakan bayaran.
Malahan, baucar ini juga bergantung kepada pembelian minima yang telah ditetapkan untuk menggunakannya.
Perubahan ini mungkin memberikan sedikit kesan terhadap aktiviti pembelian dalam talian memandangkan pengguna di Malaysia sejak kebelakangan ini berdepan dengan pelbagai isu yang melibatkan kenaikan kos barangan keperluan harian.













