Inilah yang dikatakan, sambil menyelam sambil minum air. Sambil hulurkan bantuan, sambil hulurkan promosi. Zaman ini, parti politik beroperasi seperti sebuah syarikat korporat. Segala apa yang baik organisasi lakukan, perlu dipertontomkan kepada orang ramai.
semoga dirahmati Allah.
aiyoyoo… @-)
tengah isu jugak sekarang ni. pendapat aku, kehadiran pemimpin (tak kira parti mana) akan lebih menyusahkan mangsa banjir. sementara nak tunggu diorang datang, kena clear laluan, polis pengiring, ada bodyguard, keselamatan dia, makanan dia dan rombongan. pendek kata banyak la aspek logistik kena ambik kira.
jadi, lebih elok kalau yang datang tu cuma pekerja sukarela (lagi ramai lagi bagus) berbanding pemimpin yang datang cuma nak menyemak mata je. bantuan yang tiba tepat pada masanya tu dah cukup menggambarkan keprihatinan pemimpin, bukannya dengan cara bergambar sambil tangan menghulur beg tertera logo parti!
no comment laa pasal politik2 ni, ika tak minat politik tak kira laa parti apa sekalipun…
Bantuan diterima dgn senang hati sbb mereka sgt memerlukannya ketika ini tak kira parti….sukar nak dptkan keikhlasan hati pada zaman ini tp sy percaya ada……
U tolong I, I tolong U… promo2.. 😀
semoga ikhlas memberi kepada yang memerlukan.. kasihan semua mangsa banjir tu..
Haha macam ni pun boleh!! Aduii.. God bless their soul!
Assalammualikum…
bagus memang amalan bantu membantu kepada yg memerlukan..
mselim3
aku elergik aa dengan benda-benda yang ada gambar-gambar macam tu.
Baru orang tau..heheee
inilah masa berkempen paling baik. dikala orang tercungap-cungap memerlukan secawan air, ada pihak yang sudi memberi.. u nak minum, u mesti ikut cakap i.. nak tak nak ambik la juga. inilah zaman kehancuran manusia.
Kiranya sambil menyelam minum air lah nih..hehehe