Pakistan kini berhadapan dengan musim monsun berkuasa tinggi (a monsoon on steroids), menurut Setiausaha Agung PBB selepas banjir menenggelamkan 1/3 dari negara berkenaan.
Antonio Guterres menggesa dunia untuk menghulurkan bantuan segera kepada Pakistan ketika melancarkan tabung bantuan $160 juta bagi membantu puluhan juta mangsa bencana. Menurut beliau, bencana ini berlaku akibat jumlah hujan turun yang terlalu lebat ditambah dengan faktor kecairan mendadak glacier di kawasan pergunungan.
Sekurang-kurangnya 1,136 nyata telah terkorban sejak Jun lalu dan memberikan kesan kerosakan terhadap infrastruktur jalan raya, jambatan, hasil tanaman, dan juga kediaman penduduk.
Kesan daripada monsun pada tahun ini menyamai kesan kemusnahan banjir di Pakistan pada 2010 yang mengakibatkan lebih daripada 2,000 penduduk meninggal dunia.
Di dalam video yang sama, Encik Guterres menamakan rantau Asia Selatan sebagai “titik panas krisis iklim” di mana nyawa penduduknya 15 kali lebih terdedah kepada kesan perubahan iklim global.
“Let’s stop sleepwalking towards the destruction of our planet by climate change. Today, it’s Pakistan. Tomorrow, it could be your country. (Bangkitlah dari lamunan menuju kemusnahan planet kita akibat perubahan iklim. Hari ini, Pakistan. Esok, mungkin negara anda pula.)
Beliau menyatakan usaha mengumpulkan dana oleh PBB mensasarkan untuk menyediakan sejumlah 5.2 juta penduduk dengan makanan, air, prasarana sanitasi, pendidikan dan sokongan kesihatan.
Bencana alam berskala epik
Anggaran rasmi menyatakan lebih 33 juta rakyat Pakistan terkesan dari banjir ini. Isnin lalu, Menteri Perubahan Iklim Pakistan Sherry Rahman menjelaskan situasi bencana alam berpunca dari perubahan iklim ini berskala epik. Hampir 1/3 kawasan Pakistan ditenggalami air dan kelihatan tiada kawasan daratan yang boleh digunakan untuk mengalirkan keluar air tersebut.
Horrifying footage from S. #Pakistan today of entire building washed away by floods. Over 935 people killed, more than 33 million affected, worst natural disaster for country in decades: pic.twitter.com/aO6ZMlQycf
— Joyce Karam (@Joyce_Karam) August 26, 2022
Pakistan menghasilkan kurang dari 1% gas rumah hijau global, namun kerap berada di 10 teratas negara yang paling terdedah kepada kesan perubahan iklim. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kejadian banjir ini, namun kesan pemanasan atmosfera yang melampau di seluruh dunia menyebabkan hujan yang terlalu lebat boleh berlaku di sesebuah tempat dengan ada sesetengah tempat pula tiada hujan hingga menyebabkan kemarau.
Dunia sedang mengalami pemanasan lebih kurang 1.2°C sejak era perindustrian bermula dan suhu akan terus meningkat melainkan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia menggembleng tenaga mengurangkan kesan pencemaran secara drastik.
Selain dari mengakibatkan bencana alam berlaku pada skala yang besar, perubahan iklim yang mendadak ini juga memberikan kesan terhadap rantaian bekalan makanan di seluruh dunia apabila semakin banyak tanaman-tanaman yang gagal dituai bila tiba masanya.
Imej cover dari Gulf News













