Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada Bajet 2016 lalu mengumumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyediakan peruntukan sebanyak RM 1.2 billion bagi meningkatkan infrastruktur telekomunikasi di seluruh Malaysia. Pengumuman tersebut dibuat sebagai sebahagian dari pembentangan Bajet 2016 yang dibuat pada Jumaat lalu.
Penambah baikan ini dilakukan bagi meningkatkan kelajuan internet jalur lebar dari sekitar 5 Mbps kepada 20 Mbps di kawasan-kawasan luar bandar. Peruntukan ini bakal mewujudkan projek-projek internet jalur lebar berkelajuan tinggi, sistem kabel bawah laut serta infrastruktur fiber optik di seluruh negara. Namun begitu, tarikh pelaksanaan projek-projek berkenaan tidak dinyatakan di dalam pembentangan bajet oleh Perdana Menteri.
Pada masa yang sama, tiada sebarang pengumuman dibuat berhubung harga baharu pakej jalur lebar di dalam Bajet 2016 berkenaan walaupun sudah disuarakan oleh banyak pihak seperti PIKOM dan kebanyakan pengguna di Malaysia.
Penurunan harga pakej internet jalur lebar mungkin tidak akan berlaku dalam masa yang terdekat ini melainkan berlakunya anjakan paradigma pada pemikiran di kalangan para pemimpin-pemimpin di Malaysia. Sehingga itu, kita sebagai rakyat Malaysia biasa hanya mampu berdoa semoga kos langganan internet dan harga produk-produk ICT di Malaysia dapat diturunkan kepada kadar yang mampu milik agar rakyat yang baru menceburi bidang perniagaan atas talian di Malaysia yang masih hijau ini dapat menyumbangkan sesuatu kepada ekonomi Malaysia secara keseluruhannya.
-Sumber berita diperoleh dari Treasury














mudah mudahan semua bajet yang dijanjikan ditunaikan…
semoga janji ditepati..tu je nak cakap