Para pelanggan akan mendapat manfaat daripada gabungan kepakaran dan keupayaan pasukan IT yang sejajar 

SINGAPURA, 10 Julai 2023 /PRNewswire/ — Azentio Software (“Azentio”), sebuah firma teknologi yang beribu pejabat di Singapura dan dimiliki oleh dana yang dinasihatkan oleh Apax Partners, dan Nityo Infotech, sebuah syarikat perkhidmatan IT global, hari ini mengumumkan kerjasama rasmi yang bertujuan untuk menyediakan penyelesaian teknologi yang inovatif dan komprehensif kepada industri Perbankan, Perkhidmatan Kewangan dan Insurans (BFSI).

Azentio Software dan Nityo Infotech bekerjasama bagi mengoptimumkan ROI (Pulangan Pelaburan) IT untuk organisasi BFSI

Kerjasama ini menyatukan kepakaran yang terbukti dan pengetahuan industri yang mendalam daripada Azentio dan Nityo Infotech dalam bidang perkhidmatan dan perundingan IT, untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mempercepat transformasi ketika penyedia perkhidmatan BFSI berusaha mendalami bidang pendigitalan. Mengikut perjanjian ini, Nityo Infotech akan menjadi penjual semula serta rakan kongsi pelaksanaan Azentio dengan tumpuan yang lebih tinggi terhadap domain BFSI.

Kerjasama ini akan memberi pelanggan Nityo Infotech akses kepada rangkaian produk perisian Azentio yang inovatif dan komprehensif untuk bidang perkhidmatan kewangan yang berbeza, seperti pinjaman, pembiayaan perdagangan, perbankan Islam, perbendaharaan, pemfaktoran & pembiayaan rantaian bekalan, pengurusan risiko, kekayaan & pengurusan pelaburan, serta insuransnfgnf. Azentio menawarkan penyelesaian ini di bawah tiga platform teknologi yang komprehensif iaitu, Azentio ONEBanking, Azentio ONECapitalMarkets dan Azentio ONEInsurance.

Sementara itu, para pelanggan Azentio akan mendapat akses kepada rangkaian lengkap bagi perkhidmatan perundingan IT Nityo Infotech, termasuk pengambilan kakitangan, jaminan kualiti, pengurusan projek dan pelaksanaan.

Krish Narayanaswami, Pengarah Urusan – Perbankan, Perkhidmatan Kewangan dan Insurans di Azentio mengulas, “Organisasi BFSI hari ini semakin banyak meneroka dan menerima pakai pendigitalan, sambil turut menanti untuk memaksimumkan pulangan daripada pelaburan mereka dalam bidang IT ketika persaingan semakin meningkat. Dengan gabungan kekuatan kami serta kemahiran perundingan IT dan domain masing-masing, kami akan memastikan mereka mendapat nilai maksimum daripada pelaburan IT mereka serta mendapat hasil perniagaan yang unggul.”

Naveen Kumar, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Nityo Infotech berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Azentio bagi menyampaikan penyelesaian dan perkhidmatan transformasi digital untuk membantu pelanggan kami memperoleh kelebihan daya saing. Kerjasama ini akan membolehkan kami menyediakan perkhidmatan serba lengkap untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah.”

Brijendra Singh, Ketua Global – Perkongsian & Perikatan Strategik BFSI di Azentio berkata, “Disokong oleh kekuatan Nityo Infotech dalam perkhidmatan perundingan IT dan pelaksanaan, Azentio kini menjadi rakan kongsi strategik yang menambat perhatian untuk syarikat BFSI yang ingin memanfaatkan perisian kewangan terkini agar dapat berinovasi dengan pantas, mengurangkan masa ke pasaran, mengoptimumkan penukaran dan meningkatkan hasil.”

Elie Estephan, Naib Presiden Kanan – Amalan Perbankan dan Produk Perbankan Kewangan di Nityo Infotech menambah, “Azentio mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam membantu syarikat BFSI memanfaatkan teknologi secara inovatif untuk memacu pertumbuhan dan memenuhi matlamat strategik mereka. Sementara itu, Nityo Infotech mempunyai lebih 23,000 profesional perkhidmatan IT mahir yang bertebaran di seluruh 62 lokasi. Para profesional ini mempunyai pengalaman dan kemahiran yang diperlukan untuk melengkapkan metodologi pelaksanaan dan masa-ke-nilai Azentio yang tangkas dengan sempurna.”

Tentang Azentio Software 

Azentio menyediakan produk perisian misi kritikal di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika dan India kepada bank, institusi kewangan Islam dan syarikat insurans. Ia juga menyediakan penyelesaian ERP kepada perusahaan pasaran pertengahan.

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1978771/Azentio_Logo.jpg

 

Tinggalkan komentar