Sebuah lagi siri laptop Asus terbaru telah diperkenalkan di pasaran Malaysia, laptop gaming ROG Zephyrus G15. Laptop ini pertama kali diperkenalkan melalui acara CES 2020 yang diadakan awal tahun ini.

Secara ringkasnya, ROG Zephyrus G15 menyediakan paparan Full HD 15.6-inci. Di dalamnya, ia dilengkapkan dengan pemprosesan AMD Ryzen 7 4800HS dan GPU NVIDIA GeForce GTX 1660Ti Max-Q.

Selain itu, ianya juga menawarkan RAM 16GB berserta SSD M.2 NVMe PCIe 1TB. Papan kekuncinya menyediakan pencahayaan latar yang berwarna putih.

Buat masa ini model laptop gaming baharu dari Asus ini hanya menawarkan satu variasi sahaja. Tiada penawaran bagi model paparan kadar penyegaran semulam 240Hz mahupun GPU NVIDIA GeForce RTX 2060.

Bagaimanapun, laptop ASUS ROG Zephyrus G15 menyediakan satu slot tambahan bagi RAM dan dua slot tambahan untuk M.2.

ASUS Malaysia memaklumkan laptop ini sudah mula ditawarkan sejak semalam dengan harga jualannya bermula dari RM5,299.

Tinggalkan komentar