ASUS secara rasminya telah mengumumkan telefon permua ROG Phone terbarunya. Model generasi keempat ini dinamakan sebagai ROG Phone 5 dan tidak menggunakan angka 4.

ROG Phone 5 boleh didapati dalam tiga model yang dibezakan pada ciri luarannya selain dari pilihan konfigurasi memori dan storannya. Bagaimanapun, ketiga-tiga versi ini masih mempunyai beberapa ciri persamaannya.

Antaranya adalah penggunaan cipset baharu Qualcomm Snapdragon 888 bersama-sama kaedah penyejukan GameCool 5 bagi mengatasi masalah lampau panas pada cipsetnya. Fungsi penyejukan ini turut dibantu oleh penyejukan luaran AeroActive baharu yang dihasilkan oleh ASUS.ASUS ROG Phone 5 2

Penyejuk ini juga turut didatangkan dengan dua butang boleh disesuaikan untuk tujuan permainan mudah alih. Selain itu, ASUS masih lagi terus melengkapkan ROG Phone 5 dengan penderia ultrasonik AirTrigger. Bagi variasi Pro dan Ultimate siri ini, turut ditambah set penderia sentuhan pada bahagian belakang telefon seakan-akan butang pemicu L2/R2 seperti alat kawalan permainan konsol.ASUS ROG Phone 5 3

ROG Phone 5 menawarkan paparan Full HD+ AMOLED 6.78-inci dari Samsung. Melalui kadar penyegaran semula sehingga 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan 300Hz, paparan dengan persijilan HDR10+ ini mempunyai tahap kecerahahan sehingga 1200nits. Selain itu paparannya merangkumi 111.23% gamut warna DCI-P33, penarafan sub-1 Delta-E, serta dilindungi oleh lapisan Corning Gorilla Glass Victus.

Untuk fotografinya pula, Siri ROG Phone 5 Series masih menawarkan modul kamera yang sama dari ROG Phone 3, yang juga digunakan oleh ZenFone 7 Pro. Ia didatangkan bersama-sama gandingan kamera 64MP Sony IMX686, kamera ultra-lebar 13MP dan kamera makro 5MP. Juga dihadapannya terdapat sebuah kamera swafoto 24MP. Kesemua model di dalam siri ini menawarkan ciri kamera-kamera yang serupa.

ASUS juga masih lagi mengekalkan dwi-pembesar suara yang menghadap ke depan pada ROG Phone 5 bersama-sama bicu audio 3.5mm yang diperkasakan dengan cip ESS Tech ES9280AC Pro DAC cip. Melengkapkan spesifikasi umum Siri ROG Phone 5, sebuah bateri 6,000mAh yang menyokong pengecasan pantas HyperCharge 65W turut disediakan.

ASUS ROG Phone 5 Pro dan ROG Phone 5 Ultimate

ASUS ROG Phone 5 ProUntuk ROG Phone 5 Pro pula, ianya hanya hadir dalam warna Phantom Black dan konfigurasi 16GB/512GB sahaja. Ianya turut dilengkapkan dengan paparan matriks kecil yang dinamakan sebagai ROG Vision. Paparan ini mengeluarkan animasi notifikasi mengikut keadaan sistem seperti panggilan masuk, pengaktifan X Mode, mengecas telefon dan sebagainya. Pengguna juga boleh mengubah suai mengikut tiga pilihan animasi yang ditetapkan pada paparan tersebut.

ASUS ROG Phone 5 UltimateASUS turut melancarkan ROG Phone 5 Ultimate yang hanya menawarkan warna Storm White sahaja. Ianya juga hanya menawarkan pilihan storan 512GB sahaja dengan RAM yang lebih tinggi dari versi Pro iaitu pada 18GB sahaja.

ASUS ROG Phone 5 AeroCool 3Berbeza dengan versinya yang terdahulu, AeroCooler 5 baharu ini hanya akan ditawarkan sebagai untuk ROG Phone 5 Pro dan Ultimate sahaja. Bagi model standard, anda perlu membelinya secara berasingan.

Pembelian model Ultimate turut didatangkan bersama-sama set kotak Koleksi Cenderahati ROG Fan yang mengandungi pelbagai barangan ROG seperti topi, pelitup muka, pin, lencana, tuala dan banyak lagi.

Tinggalkan komentar