Asus ROG Phone 3 sebelum ini merupakan telefon pintar pertama yang menawarkan RAM sehingga 16GB. Kini, pewaris kesinambungan telefon pintar ini yang bakal diumumkan pada 10 Mac dikatakan menawarkan RAM sehingga 18GB.

Laporan ini diketemukan menerusi laman web Geekbench yang telah menunjukkan ujian perkakasan untuk Asus ROG Phone 5 versi I005DB.

Telefon pintar Asus ROG ini bakal ditawarkan dengan dua versi iaitu DA dan DB. Versi DA dikatakan akan menjadi asas kepada edisi Tencent Games. Manakala versi DB pula mempunyai paparan sekunder pada bahagian belakangnya.

Asus ROG Phone 5 versi DA sebelum ini pernah muncul di Geekbench pada Disember tahun lalu dan menunjukkan jumlah RAM pada versi tersebut hanya 8GB sahaja.

JD.com juga telah pun menerbitkan halaman acah untuk Tencent Edition ROG Phone 5 ini. Tidak banyak maklumat yang dikongsikan kepada umum selain dari tarikh pelancarannya setakat ini.

Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 888, telefon pintar Asus ROG Phone 5 menggunakan sistem operasi Android 11.

Tinggalkan komentar