Astro pada petang tadi telah mengeluarkan kenyataan mengenai masalah teknikal yang mengakibatkan sebahagian pelanggan tidak dapat menonton sesetengah saluran yang ditawarkannya.

Menerusi paparan notifikasi yang ditunjukkan melalui televisyen pelanggan Astro, gangguan tersebut dikatakan mungkin berpunca dari hujan. Pelanggan juga diminta untuk menghubungi Perkhidmatan Bantuan Astro untuk bantuan. Gangguan siaran ini turut melibatkan sebahagian pengguna NJOI.

Bagaimanapun, pengguna yang mempunyai akses ke internet boleh menikmati saluran Astro melalui aplikasi Astro GO melalui peranti mudah alih atau di Astro Ultra Box.

Pihak Astro sedang berusaha membaiki masalah ini dan meminta pelanggan-pelanggannya supaya bersabar.

Tinggalkan komentar