Bulan lalu, Astro telah mengumumkan kerjasamanya dengan Synamedia bagi meningkatkan mutu perkhidmatannya termasuk antaramuka pengguna baru. Penambahbaikan berkenaan bakal digunakan pada TV dan juga peranti mudah alih.

Terkini, pengguna boleh menguji sendiri antaramuka baharu tersebut melalui Program Astro Beta.

Melalui Program Beta ini, Astro mengharapkan maklumbalas dari pelanggan bagi meningkatkan perkhidmatannya melalui penyertaan langsung. Walaupun pengujian Beta v1.1 hanya melibatkan antara muka pengguna baru dan penstriman secara Bit Adaptive Rate, Astro turut merancang untuk menguji produk-produk terbaru lain ke dalam program seperti perkhidmatan storan awanan dan paparan berkualiti 4K UHD.

Untuk makluman, Program Astro Beta hanya membenarkan pelanggan Astro sahaja dan pelanggan IPTV dan NJOI tidak dibenarkan. Di samping itu, pelanggan yang berminat juga diwajibkan untuk memiliki dekoder PVR yang berkeupayaan Wi-Fi dengan sambungan internet jalur lebar berkelajuan lebih dari 10Mbps.

Pelanggan yang mendaftar untuk Program Beta ini bakal menerima akses kepada Astro Super Pack Plus 4. Sebuah “pek hiburan paling menyeluruh” tanpa sebarang kos tambahan sehingga 30 Jun 2019.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Astro

Tinggalkan komentar