Peranan syarikat-syarikat telekomunikasi adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan lagi dalam penggunaan telefon mudah alih. Bagaimanapun, Apple dilihat sedang cuba mengubah keadaan sedemikian.
Bloomberg baru-baru ini telah melaporkan bahawa pengeluar iPhone ini sedang membangunkan teknologi satelit yang boleh digunakan untuk menghantar data terus ke peranti.
Buat masa ini Apple masih lagi belum menyatakan tujuan kegunaan projek tersebut. Kemungkinan besar ianya bakal digunakan untuk menghantar data terus ke peranti pengguna dan juga untuk peranti-peranti berhubung antara satu sama lain secara terus tanpa perantaraan syarikat telekomunikasi.
Satu lagi keupayaan yang dijangka mampu ditawarkan melalui penggunaan teknologi ini adalah meningkatkan kemampuan penjejakan peranti melalui satelit. Ini seterusnya menjadikan ianya sangat berguna untuk kegunaan pemetaan dan juga menjejak semula peranti yang telah dicuri.
Projek ini bagaimanapun masih lagi di dalam peringkat awal dan kemungkinan untuk dibatalkan itu tetap ada. Tidak dapat dipastikan sama ada Apple berhasrat membangunkan satelitnya sendiri atau menggunakan yang sedia ada melalui peralatan-peralatan di atas Bumi.
Sumber berita diperoleh dari Bloomberg













