Apple telah mengemaskini kedai atas taliannya dengan harga terbaru bagi keseluruhan model-model iPhone yang terdapat di pasaran Malaysia buat masa ini. Terdapat perubahan yang ketara pada sesetengah model yang mana ada yang mencatatkan penurunan sehingga RM450.

Buat masa ini terdapat 10 buah model iPhone yang boleh didapati di Malaysia dari peringkat rendah seperti iPhone SE hinggalah ke iPhone 7s Plus. iPhone SE adalah di antara model yang ditawarkan pengurangan harga paling kecil, sebanyak RM200 sahaja. Menjadikannya dari RM1949 kepada RM1749.

Pada masa yang sama juga, model-model lain seperti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus pula mengalami pengurangan sebanyak RM450. Menjadikan iPhone 7 32GB kini dijual pada harga RM2749; manakala iPhone 7 Plus 128GB pula berkurangan dari harga RM4299 kepada RM3849.

Model Harga lama Harga sekarang Beza
iPhone SE 32GB RM1949 RM1749 -RM200
iPhone SE 128GB RM2449 RM2249 -RM200
iPhone 6s 32GB RM2699 RM2249 -RM450
iPhone 6s 128GB RM3199 RM2749 -RM450
iPhone 6s Plus 32GB RM3199 RM2749 -RM450
iPhone 6s Plus 128GB RM3699 RM3249 -RM450
iPhone 7 32GB RM3199 RM2749 -RM450
iPhone 7 128GB RM3699 RM3249 -RM450
iPhone 7 Plus 32GB RM3799 RM3349 -RM450
iPhone 7 Plus 128GB RM4299 RM3849 -RM450

Apple pada kebiasaannya mengurangkan harga model-model iPhone semasa apabila sesebuah model terbaru diperkenalkan. Untuk kali ini, potongan harga yang dilakukan adalah amat ketara memandangkan kemungkinan Apple akan menjual iPhone 8 akan dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding model-model sebelumnya. Hal ini adalah disebabkan kesemua model-model iPhone yang dijual pada tahun 2017 ini hadir dengan pilihan storan minima 64GB – sekali ganda lebih banyak dari model tahul lepas sewaktu dilancarkan.

Maklumat lanjut boleh dilayari di sini

Tinggalkan komentar