Apple telah berkongsikan imej gedung fizikalnya yang terbaru di Pulau Al-Maryah yang secara rasminya dibuka pada Jumaat baru-baru ini.

Dibina di atas tangga air, Apple Store Pulau Al-Maryah memperkenalkan beberapa elemen rekaan terkini gedungnya dengan mencermin keadaan persekitarannya.

Batu granit hitam telah digunakan bagi membentuk dua laluan masuk di tengah-tengah tangga air berkenaan. Rekaan bumbungnya berwarna yang diperbuat dari gentian karbon ini pula kelihatan seperti permukaan MacBook apabila ditutup.

Pengunjung yang memasuki dari bahagian The Galleria Pusat Membeli-belah Pulau Al-Maryah akan melalui laluan bercermin yang dikelilingi pancutan air menghujani bahagian luar kacanya. Selain itu, siling bergegelung cermin sepanjang 72-kaki pula menghasilkan kesan imej kaleidoskopik.

“We couldn’t be more thrilled to open the stunning Apple Al Maryah Island this Friday,” said Deirdre O’Brien, Apple’s senior vice president of Retail + People. “Our talented team is ready to welcome and delight customers from this vibrant community to our newest location in the Emirates.”

Apple Store Pulau Al-Maryah, Abu Dhabi ini dibuka secara rasminya kepada pengunjung pada Jumaat, 25 Februari baru-baru ini.

Tinggalkan komentar