Apple akan memperluaskan penawaran langganan Apple One Premier ke 17 pasaran baharu pada bulan hadapan. Malaysia merupakan salah satu negara yang ditawarkan akses ke dua pakej perkhidmatan tersebut sejak November tahun lepas.
Buat masa ini, pelan Apple One Individual berharga RM19.90 sebulan di Malaysia yang turut menyertakan akses ke:
- Apple Music
- Apple TV+
- Apple Arcade
- storan iCloud+ 50GB
Turut disediakan pelan Family yang turut membenarkan pengguna berkongsikan akses yang sama dengan sehingga 5 orang pengguna. Pelan ini turut menyediakan akses ke storan iCloud+ sebanyak 200GB dengan harga langganan bulanan RM33.90.
Untuk pelan Premier pula, perkhidmatan ini menambah akses ke Apple Fitness+ bersama-sama storan iCloud+ berkapasiti 2TB yang boleh dikongsikan bersama-sama sehingga 5 orang pengguna. Pada harga langganan RM69.90 sebulan, Apple One Premier mula ditawarkan kepada pengguna di Malaysia bermula 4 November ini.
Di sesetengah pasaran seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, dan Australia, pakej Premier ini turut menyertakan akses Apple News+. Bagaimanapun, tidak semua pasaran menerima akses perkhidmatan berkenaan di dalam Apple One Premier termasuk Malaysia.













