Apple tidak menyertakan bicu audio pada iPhone 7 dan untuk iPhone keluaran yang lebih terkininya, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X juga tidak menyertakan bicu audio sebagaimana yang biasa didapati pada mana-mana telefon pintar.

Satu-satunya cara untuk mendengar audio dari media di dalam iPhone adalah dengan menggunakan fon telinga tanpa wayarnya atau dengan melalui penyambung lightning yang disediakan. Namun begitu, masalah akan timbul jika anda ingin mendengar muzik melalui penyambung lightning sambil mengecasnya. Anda tidak dapat melakukannya secara serentak.

Terdahulu, Apple telah pun menjual dongle yang membolehkan pengguna mengecas sambil mendengar muzik melalui penyambung lightning dengan harga $39 (lebih kurang RM165). Kini, seperti yang dilaporkan oleh The Verge, Belkin telah melancarkan dua versi terbaru adapter Rockstar untuk iPhone yang membolehkan pengguna mengecas telefon pintar melalui penyambung lightning sambil mendengar muzik melalui bicu audio 3.5mm pada harga $34.95 (RM147.75)

Menurut laporan berkenaan, dongle terbaru ini juga lebih tebal dari dongle 3.5mm yang disediakan oleh Apple bersama-sama pembelian iPhone. Mendengar lagu sambil mengecas dengan menggunakan dongle ini mungkin dirasakan seperti menyusahkan oleh sesetengah pihak. Namun, hakikat rekabentuk iPhone kebelakangan ini sememangnya yang konon nak nampak eksklusif dan canggih ini telah mengakibatkan pengguna-pengguna perlu mendapatkan dongle bagi menyesuaikan kegunaannya menggikut keperluan semasa.

Bak kata mendiang Steve Jobs, “Design is not just what it looks like and feels like. Design is how it works.

Sumber berita dan imej cover diperoleh dari The Verge

Tinggalkan komentar