Apple telah mengumumkan empat buat model iPhone terbaru menerusi acara Apple Event yang baharu sahaja berlangsung sebentar tadi. Model-model berkenaan ialah iPhone 13, iPhone 13 Mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.
Kedua-dua model iPhone 13 dan iPhone 13 Mini dibezakan antaranya termasuklah dari segi saiz paparan. iPhone 13 didatangkan dengan paparan OLED 6.1-inci, manakala iPhone 13 Mini pula mempunyai paparan 5.4-inci. Paparan ini juga menyokong HDR10, HLG dan Dolby Vision.
Rekaan luaran kedua-dua model ini mempunyai pelindung seramik, selain binaan sisinya yang diperbuat dari aluminium bagi meningkatkan kelasakannya.
Melalui cip Apple 15 Bionic, iPhone 13 dan iPhone 13 Mini dikatakan mampu menyediakan 50% lebih kuasa pemprosesan dan 30% lebih kuasa pemprosesan berbanding pesaingnya.
Kamera belakang kedua-dua model ini didatangkan dengan sistem dwi-kamera 12MP. Sensor ini turut dilengkapkan dengan Sensor-Shift untuk tujuan tangkapan imej waktu malam.
Selain itu, mod Cinematic juga disediakan bagi menambahbaik kualiti rakaman video seakan-akan tayangan filem. Tidak ketinggalan, kamera swafoto disebelah hadapannya juga menggunakan sensor 12MP.
Untuk ketahanan baterinya, kedua-dua model ini dikatakan tahan lebih lama jika dibandingkan dengan iPhone 12 dan iPhone 12 Mini sebelum ini. Ia juga masih lagi menyokong pengecasan melalui MagSafe.
Menurut Apple, harga jualan bagi iPhone 13 dan iPhone 13 Mini adalah seperti berikut:
- iPhone 13, 128GB – RM 3,899
- iPhone 13, 512GB – RM 5,299
- iPhone 13 Mini, 128GB – RM 3,399
- iPhone 13 Mini, 512GB – RM 4,799
iPhone 13 dan iPhone 13 Mini memberikan pilihan warna Midnight, Starlight, pink, blue, dan Product (RED).