Apple telah memberikan amaran peringatan kepada pengguna-pengguna iPhone di lebih dari 100 buah negara berhubung risiko serangan spyware. Bagaimanapun pihak syarikat tidak memperincikan jumlah pengguna yang menjadi sasaran serangan tersebut.
Setakat ini menurut TechCrunch, sekurang-kurangnya dua individu menjadi mangsa sasaran. Pertama, wartawan dari Itali Ciro Pellegrino yang bekerja di sebuah halaman peminat di negara asalnya. Manakala seorang lagi, Eva Vlaardingerbroek yang menjadi pengulas politik haluan kanan Belanda.
Punca serangan spyware tersebut masih lagi belum diketahui. Namun Apple memberikan contoh syarikat perisikan siber Israel NSO Group dan perisiannya, Pegasus. Untuk kes melibatkan Vlaardingerbroek, mesej dari pihak Apple menyatakan, “serangan tersebut mungkin mensasarkan anda secara spesifik kerana siapa diri anda dan juga apa yang anda lakukan. Walaupun sukar untuk mengenalpasti secara spesifik mengesan serangan tersebut, Apple mempunyai keyakinan tinggi terhadap amaran ini – sila ambil perhatian dengan serius.”
“Mercenary spyware attacks are exceptionally well funded, and they evolve over time. Apple relies solely on internal threat-intelligence information and investigations to detect such attacks. Although our investigations can never achieve absolute certainty, Apple threat notifications are high-confidence alerts that a user has been individually targeted by a mercenary spyware attack, and should be taken very seriously.”
Spyware tentera upahan (mercenary spyware) merupakan perisian yang pada kebiasaannya dibangunkan oleh syarikat dan dijual kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Kebiasannya kepada kerajaan di negara-negara yang ingin mengintip individu yang dianggap sebagai ancaman.
Bagi kes melibatkan Pellegrino, rakan beliau menjadi mangsa spyware dan telah dimaklumkan oleh WhatsApp. Ia dilaporkan telah dihasilkan oleh Paragon Solution, sebuah lagi syarikat Israel. Beliau telah dimaklumkan daripada WhatsApp yang menyatakan “telah memintas aktiviti syarikat spyware yang diyakini menyerang peranti anda”.
Imej oleh Cliff Hang dari Pixabay













