Agensi mengurus makanan di Korea Selatan, Korean Food Foundation telah melancarkan Halal Korea, aplikasi mudah alih yang menyediakan maklumat berkenaan lokasi restoran makanan halal sebagai salah satu usaha menarik minat pelancong yang beragama Islam.

Aplikasi yang dikenali sebagai Halal Korea ini menyediakan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan makanan halal seperti lokasi restoran makanan halal dan kedai yang menjual makanan halal.

Agensi berkenaan turut menyatakan jumlah pelancong Muslim yang berkunjung ke Korea Selatan kian bertambah saban tahun dan seramai 620,000 orang pelancong beragama Islam telah melawat ke negara berkenaan pada tahun 2013 lalu.

Melalui aplikasi HalalKorea, pengguna boleh mengimbas kod bar untuk menentukan sama ada produk berkenaan mendapat sijil pengiktirafan Halal atau tidak. Aplikasi berkenaan turut menyediakan maklumat-maklumat berguna seperti destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong Muslim, lokasi ruang solat dan juga kompas penunjuk arah kiblat.

Aplikasi Halal Korea ini boleh dimuat turun secara percuma ini boleh didapati di Google Play dan Apple Apps Store dan boleh didapati di dalam bahasa Inggeris. Agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Pertanian, Makanan dan Luar Bandar ini turut membayangkan aplikasi berkenaan akan hadir dengan sokongan bahasa Indonesia penghujung tahun ini memandangkan pertambahan mendadak pelancong dari Indonesia. Edisi bahasa Arab turut bakal disediakan dan akan mula dibangunkan pada tahun hadapan.

-Sumber berita diperoleh dari Korea Times

 

Tinggalkan komentar