Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyatakan menerusi Twitter salah satu keutamaannya dalam pelaksanaan 5G untuk kegunaan komersil di Malaysia.

Ketika ini Malaysia dilihat agak terkebelakang berbanding negara-negara lain dalam pelaksanaan 5G. Oleh itu, banyak perkara yang perlu diselesaikan bagi isu ini.

Menurut beliau, Malaysia perlu mempercepatkan pelaksanaan 5G memandangkan negara-negara ASEAN lain sudahpun mendahului kita.

Tambah beliau lagi, Malaysia mensasarkan tempat kedua teratas dalam persaingan 5G dalam tempoh tiga tahun dari sekarang. Buat masa ini, negara-negara seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam sudah pun melancarkan liputan rangkaian 5G masing-masing.

Laporan terkini dari Speedtest mendedahkan Malaysia juga ketinggalan dengan negara-negara ASEAN lain dari segi purata kelajuan internet mudah alih.

Imej dari nperf

Tinggalkan komentar