Selama ini Google seringkali mengaitkan nama versi sistem operasi Android dengan nama-nama manisan. Misalnya contoh paling dekat adalah Android 9 Pie, namun nama-nama sebegitu bakal berakhir tidak berapa lama lagi.
Bermula dari Android Q, sistem operasi ini tidak lagi dinamakan bersempena nama-nama manisan. Selepas ia secara rasminya dikenali sebagai Android 10 sebagai langkah ke arah peringkat global yang lebih meluas.
Pada masa yang sama, pihak Google juga sedang dalam usaha menjenamakan semula Android. Salah satunya adalah menggabungkan robot (android) ke dalam logo rasminya. Warna temanya juga turut diubah dari hijau kepada hitam bagi tujuan mempermudahkan tulisannya dibaca.
Logo rasmi yang telah dikemaskini ini juga akan digunakan ketika penerbitan peringkat akhir Android 10 yang dijangka bakal dilaksanakan dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi.
Sumber berita diperoleh dari Google













