Melalui pelancaran Siri Galaxy Z, Samsung telah membuka lembaran baharu di dalam inovasi peranti mudah alih. Ia seterusnya dapat menggalakkan pengguna untuk meneroka pelbagai kaedah baharu penggunaan telefon pintar. Ia merangkumi cara menikmati tontonan filem, permainan, pekerjaan, mengambil foto serta komunikasi sesama insan.

Bagi anda yang berhasrat untuk melihat dengan lebih dekat peranti yang dinanti-nantikan ini, penantian anda kini telah berakhir. Samsung Malaysia meraikan kedatangan Galaxy Z Fold 3 5G dan Galaxy Z Flip 3 5G dengan tawaran hebat dalam waktu terhad.

Bermula dari 22 September sehingga 31 Oktober 2021, pembelian Galaxy Z Fold 3 5G akan menerima e-baucar bernilai RM500 di kedai dalam talian Samsung. Dalam pada masa yang sama, anda juga menerima pelan perlindungan selama 1 tahun Samsung Care+ bernilai RM799.

Pembelian Galaxy Z Flip 3 5G juga turut ditawarkan dengan tawaran yang sama sepanjang tempoh tersebut. Anda akan menerima e-baucar bernilai RM350 di kedai dalam talian Samsung, serta pelan perlindungan selama 1 tahun Samsung Care+ bernilai RM699.

Selain dari tawaran menarik yang dinyatakan di atas tadi, sehingga 30 November 2021, pembelian Galaxy Z Fold 3 5G atau Galaxy Z Flip 3 5G akan layak mnerima potongan harga sehingga 30% bagi pembelian sehingga tiga jenis aksesori yang terpilih.

Harga Samsung Galaxy Z Fold 3 5G dan Samsung Galaxy Z Flip 3 5G di Malaysia

Model Warna Harga di pasaran Tawaran percuma eksklusif
Galaxy Z Fold3 5G (512GB) Phantom Black

Phantom Green

Phantom Silver

RM7,099
  • Pelan Samsung Care+ 1 tahun bernilai RM799
  • eBaucar kedai dalam talian Samsung bernilai RM500
Galaxy Z Fold3 5G (256GB) RM6,699
Galaxy Z Flip3 5G (256GB) Phantom Black

Cream

Lavender

Green

RM4,199
  • Pelan Samsung Care+ 1 tahun bernilai RM699
  • eBaucar kedai dalam talian Samsung bernilai RM350
Galaxy Z Flip3 5G (128GB) RM3,999

Dalam pada masa yang sama, ikuti Galaxy Z Party secara langsung di Facebook Samsung Malaysia pada 24 September ini, jam 7 malam hingga 9 malam.

Hiburkan diri anda dengan pelbagai permainan menarik bersempena pelancaran siri Galaxy Z baharu dengan selebriti kegemaran anda seperti:

  • Daiyan Trisha
  • Yaya Zahir
  • Nabila Razali
  • Uyaina Arshad
  • DOLLA
  • dan ramai lagi

Memeriahkan lagi suasana, Samsung Malaysia turut menawarkan hadiah-hadiah menarik berupa Galaxy Watch4, Galaxy Buds Pro dan juga Pensteril UV.

Maklumat lanjut mengenai mengenai promosi meraikan Siri Galaxy Z baharu ini, kunjungi laman Samsung Malaysia.

Untuk anda yang berminat mendapatkan Galaxy Z Fold 3 5G atau Galaxy Z Flip 3 5G, anda boleh mengunjungi pautan berikut:

Tinggalkan komentar