Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri telah mengumumkan menerusi Twitter mengenai akaun Telegram rasminya telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Mana-mana pengguna yang menerima mesej dari akaun berkenaan diminta supaya mengabaikannya dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu yang melibatkan akaun Telegram tersebut.

Telegram merupakan platform permesejan popular yang dilihat sebagai alternatif yang lebih baik berbanding WhatsApp selain turut menawarkan sokongan berbilang platform yang lebih baik.

Aplikasi permesejan segera berkenaan juga telah berjaya mencapai lebih dari satu billion muat turun tidak lama selepas insiden gangguan akses ke Facebook dan aplikasi berkaitan dengannya seperti WhatsApp dan Instagram.

Proses untuk melog masuk ke Telegram adalah mirip dengan WhatsApp yang menggunakan nombor talian mudah alih pengguna bagi tujuan proses verifikasi yang akan menghantar kod log masuk 5-digit.

Tinggalkan komentar