Berikutan dari pengumuman yang dikeluarkan oleh CEO Kumpulan Air Asia, Encik Tony Fernandes, syarikat penerbangan tambang murah ini telah mengumumkan pemansuhan bayaran pemprosesan bagi tempahan yang dibuat untuk penerbangan dari, ke atau di dalam Malaysia bermula 1 Oktober 2019.
Langkah pemansuhan bayaran pemprosesan ini dibuat agar tambang penerbangan bersesuaian dengan bajet kebanyakan pengguna. Bagi penerbangan-penerbangan di negara-negara lain seperti Thailand, Indonesia dan Filipna, pemansuhan bayaran pemprosesan ini akan mula berkuat kuasa pada 31 Disember 2019.
Pihak Air Asia menjelaskan bayaran pemprosesan yang dikenakan sebelum ini bertujuan menampung sebahagian kos perbelanjaan pentadbiran, penyelenggaraan dan kos pembangunan sistem dalam talian Air Asia bagi memastikan ciri keselamatannya sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Sumber berita diperoleh dari Air Asia












