Lebih kurang 70 orang penumpang pesawat penerbangan China Southern Airlines dari Nagoya, Jepun ke Shanghai enggan menaiki pesawat apabila mendapati terdapat 16 orang penumpang berasal dari Wuhan, China turut menaiki pesawat yang sama.
Bimbangkan dengan kemungkinan penumpang berasal dari Wuhan berkenaan boleh menjangkiti, kumpulan penumpang pesawat tersebut bertindak agresif. Pihak pengurusan syarikat penerbangan terpaksa mengambil masa sehingga 5 jam bagi memujuk kumpulan terbabit supaya meneruskan penerbangan.
Menurut International Bussiness Times (IBT), sekumpulan 70 orang penumpang yang tinggal di Shanghai telah cuba menahan 16 orang penduduk Wuhan dari menaiki pesawat tersebut.
Kerajaan China telah meletakkan Bandaraya Wuhan di bawah kawalan kuarantin dengan penduduk di dalamnya tidak dibenarkan keluar sebelum perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Sebahagian penduduk asal Wuhan yang berada di luar bandaraya tersebut juga tidak dibenarkan untuk masuk ke sana.
IBT turut menambah memandangkan sebaran wabak coronavirus boleh berlaku sebelum pesakitnya mula menunjukkan simptom-simptom, ia turut menyebabkan sebahagian penduduk di China berasa panik.
Sumber berita diperoleh dari International Bussiness Times













