Mengekalkan kecergasan dirasakan kian sukar bagi kebanyakan kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Terutamanya buat anda yang terperuk berjam-jam bekerja di dalam pejabat berhawa dingin.

Jika anda ingin mendapatkan pendamping yang mampu menggalakkan anda kekal sihat, jam tangan pintar mungkin jalan penyelesaiannya.

Tanpa mengira usia atau gaya hidup anda, teknologi dan aplikasi termaju pada siri Galaxy Watch4 ini direka khusus membantu anda merancang rutin kecergasan anda dengan lebih cekap. Ia juga dalam masa yang sama memaksimumkan keseronokan pada setiap aktiviti.

Untuk Galaxy Watch4, anda boleh mendapatkan pilihan warna Black, Green (44mm sahaja), Silver dan Pink Gold (40mm sahaja). Manakala Galaxy Watch4 Classic pula menawarkan pilihan Black dan Silver (pada kedua-dua saiz, 42mm dan 46mm).

Apa pun pilihan warna kegemaran anda, siri Galaxy Watch4 mampu menyediakan data dan maklumat tepat bagi membantu anda meningkatkan mutu kecergasan anda.

Ketahu lebih lanjut 4 sebab mengapa siri Galaxy Watch4 mampu menjadi pendamping kecergasan anda yang terulung.

Uji had keupayaan anda dengan cabaran berkumpulan

Situasi yang hampir sama menyelebungi kita semua adalah perasaan lemau setelah menghabiskan masa sehari suntuk waktu belajar atau bekerja.

Bila dah lemau tu, seperti biasa kita akan mula merasa malas untuk bersenam dan menghabiskan masa dengan baring-baring sambil menonton televisyen.

Selalunya dalam menghadapi situasi sebegini, sokongan moral dari kenalan-kenalan rapat mampu menggalakkan kita supaya kekal cergas.

Melalui fungsi Group Challenges di dalam siri Galaxy Watch4 ini, anda boleh mengikuti rapat perkembangan aktiviti kecergasan anda dan juga kenalan anda. Anda juga boleh memberikan kata-kata semangat menerusi papan mesej dan juga carta kemajuan yang disediakan. Rekod kemajuan ini dikemaskini dalam masa nyata, justeru anda dapat menjejak kemajuan di kalangan kumpulan rakan anda secara langsung!

Anda juga boleh menjadi lebih kreatif dengan memberikan pelbagai jenis cabaran kepada antara satu sama lain. Misalnya, salah seorang anggota keluarga di dalam kumpulan ini yang memenuhi cabaran 8,000 langkah selama tiga hari berturut-turut akan dibelanja minum.

Temui manfaat dari kedua-dua OS melalui integrasi Tizen dan Google

Selaras dengan hasrat Samsung mengutamakan pengguna, siri Galaxy Watch4 menampilkan Wear OS, sebuah platform yang dibangunkan secara bersama oleh Samsung dan Google.

Julung kalinya hadir pada siri Galaxy Watch4, Wear OS menggabungkan yang terbaik dari Samsung Tizen dan Google Wear OS.

Ini antara sebahagian dari fungsi Wear OS yang boleh anda manfaatkan untuk meningkatkan mutu kecergasan anda:

  • Penerokaan laluan larian, kembara dan berbasikal baharu kini lebih mudah pada pergelangan tangan anda sahaja melalui Google Maps. Pemandu arah setiap haluan dihantar dari telefon ke jam tangan pintar anda.
  • Penstriman muzik mengikut mood aktiviti kecergasan anda pada aplikasi muzik terbina dalam seperti Spotify atau YouTube Music tanpa perlu membawa telefon pintar anda bersama-sama.
  • Muat turun aplikasi kecergasan khusus seperti Strava, Swim.com, Adidas Running dan sebagainya menerusi gedung Google Play pada Galaxy Watch4 anda.

Nikmati integrasi terus dengan Galaxy Buds2

Bagi kebanyakan kita, muzik dapat memberikan rentak untuk anda mengekalkan konsistensi ketika menjalankan rutin kecergasan anda. Dari muzik bertenaga untuk senaman berintensiti tinggi hinggalah ke muzik jazz merdu untuk sesi yoga anda.

Galaxy Buds2 dilengkapkan dengan Active Noise Cancelling (ANC) yang menghalang bunyi hingar luaran sehingga 98%. Menjadikan ia gandingan mantap dengan siri Galaxy Watch4 di dalam sesi kecergasan anda.

Selain itu, Ambient Mode Galaxy Buds2 juga membenarkan anda memilih dari tiga tahap bunyi ambien. Hanya satu ketikan pada Galaxy Watch4, anda boleh memilih bunyi yang sesuai mengikut rutin kecergasan anda.

Galaxy Buds2 juga mempunyai jangka hayat bateri sehingga 5 jam di dalam mod ANC dan 15 jam jika digunakan bersama-sama bekas pengecasnya.

Fungsi penjejakan kesihatan lanjutan

Keupayaan mengakses ke data kesihatan vital membantu kita mengetahui tahap pencapaian hasil dari rutin senaman kita. Ia juga membantu kita kekal sihat dan cergas.

Siri Galaxy Watch4 membawakan data kesihatan jarak jauh ke peringkat lebih tinggi dengan BioActive Sensor. Selain menjalankan fungsi pembacaan tahap oksigen di dalam darah, ia juga mampu mengira tahap komposisi tubuh.

Apa pun, mempunyai pendamping seperti Galaxy Watch4 pastinya bermanfaat untuk membawa anda lebih sihat dan cergas.

Harga siri Galaxy Watch4 dan Galaxy Buds2

Rakyat Malaysia boleh mendapatkan Galaxy Watch4 Classic atau Galaxy Watch4, versi Bluetooth dan LTE yang ikonik ini dari e-store Samsung Malaysia, Samsung Experience Stores dan wakil pengedar Samsung yang sah. Samsung Online Store dan Digi turut menawarkan versi LTE sahaja.

Untuk pembelian Galaxy Buds2 sebelum 31 Oktober 2021 pula, anda akan menerima Galaxy Buds Water Resistant Cover yang bernilai RM99 secara percuma.

Produk Warna Harga saranan
Galaxy Watch4 Classic 

LTE (46mm)

Black RM1,699
Galaxy Watch4 Classic 

LTE (42mm)

Silver RM1,599
Galaxy Watch4 LTE (44mm) Green, Silver RM1,299
Galaxy Watch4 LTE (40mm) Pink Gold, Black  RM1,199
Galaxy Watch4 Classic Bluetooth (46mm) Black, Silver RM1,399
Galaxy Watch4 Classic Bluetooth (42mm) Black, Silver RM1,299
Galaxy Watch4 Bluetooth (44mm) Green, Black, Silver RM999
Galaxy Watch4 Bluetooth (40mm) Pink Gold, Black, Silver RM899
Galaxy Buds2 Lavender, Olive, Graphite, White RM499

Maklumat lanjut mengenai siri Galaxy Watch4, layari: 

Maklumat lanjut berkenaan Galaxy Buds2 pula, layari: https://www.samsung.com/my/audio-sound/galaxy-buds/galaxy-buds2-lavender-sm-r177nlvaxme/

Advertorial dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar