Sejumlah 31 syarikat insurans hayat dan syarikat takaful akan menyediakan perlindungan hospital serta rawatan bagi coronavirus (nCoV 2019) kepada pemegang polisi dan sijilnya.

Dalam satu kenyataan bersama, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) berkata, perlindungan akan disediakan oleh semua ahli kedua persatuan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Mark O’Dell berkata, walaupun majoriti polisi atau sijil perubatan tidak melindungi penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin berdasarkan undang-undang, penanggung insurans hayat dan pengendali takaful Malaysia akan memberikan pengecualian kepada perkara itu.

Beliau berkata, ini kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengisytiharkan 2019-nCoV sebagai kecemasan kesihatan global.

“Kita akan bertindak balas terhadap keperluan segera dengan mengetepikan perkara itu. Ini disebabkan peningkatan dalam kes nCoV 2019.

“Pemegang polisi serta pemegang sijil dinasihatkan untuk menyemak dengan syarikat insurans dan takaful bagi mendapatkan maklumat serta terma dan syarat perlindungan yang lengkap,” katanya.

Mark berkata, rakyat Malaysia dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Senarai ahli LIAM

  1. AIA Bhd
  2. Allianz Life Insurance Malaysia Bhd

  3. AmMetLife Insurance Bhd

  4. AXA AFFIN Life Insurance Bhd

  5. Etiqa Life Insurance Bhd

  6. Gibraltar BSN Life Bhd

  7. Great Eastern Life Assurance (M) Bhd

  8. Hannover Rueck SE, Cawangan Malaysia

  9. Hong Leong Assurance Bhd

10.Manulife Insurance Bhd

11.Malaysian Life Reinsurance Group Bhd

12.MCIS Insurance Bhd

13.Prudential Assurance Malaysia Bhd

14.Sun Life Malaysia Assurance Bhd

15.Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd

16.Zurich Life Insurance Malaysia Bhd

Senarai ahli MTA

  1. AIA PUBLIC Takaful Bhd
  • AmMetlife Takaful Bhd

  • Etiqa Family Takaful Bhd

  • Etiqa General Takaful Bhd

  • Great Eastern Takaful Bhd

  • Hong Leong MSIG Takaful Bhd

  • FWD Takaful Bhd

  • Prudential BSN Takaful Bhd

  • Sun Life Malaysia Takaful Bhd

  • 10.Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd

    11.Syarikat Takaful Malaysia Am Bhd

    12.Takaful Ikhlas Family Bhd

    13.Takaful Ikhlas General Bhd

    14.Zurich General Takaful Malaysia Bhd

    15.Zurich Takaful Malaysia Bhd

    Sumber berita diperoleh dari Berita Harian

    Tinggalkan komentar