Sekitar 173,000 pelanggan TM masih lagi menggunakan perkhidmatan Streamyx sehingga ke hari ini. Angka ini telah dikongsikan oleh TM baru-baru ini berkenaan perkembangan terkini suku pertama tahun 2021.

Daripada jumlah tersebut, terdapat kira-kira 89,000 pelanggan yang berada di dalam liputan rangkaian unifi masih belum bertukar ke unifi. Manakala baki selebihnya sekitar 84,000 pelanggan lagi berada di luar kawasan liputan unifi.

Selain berkongsikan maklumat berkenaan angka peralihan pelanggan dari Streamyx ke Unifi, TM turut memaklumkan jumlah pelanggannya di seluruh Malaysia kini telah melepasi 2 juta pelanggan.

Dalam perkembangan yang sama, TM turut menyediakan kaedah alternatif untuk kemudahan pengguna Streamyx melalui penawaran rangkaian 4G iaitu Unifi Air dan Unifi Mobile.

Tinggalkan komentar