Utama Teknologi Keselamatan Kenapa kita perlu tutup webcam laptop dengan pita pelekat

Kenapa kita perlu tutup webcam laptop dengan pita pelekat

2398
1

Menutup lensa webcam dengan pita pelekat kini bukan lagi dianggap sebagai tindakan paranoid.Ramai pengguna yang mengambil langkah berhati-hati dengan menampal pita pelekat pada lensa termasuklah individu-individu kenamaan seperti pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan Pengarah FBI, James Comey.

Menurut James Comey di dalam satu wawancara, ”Saya melekatkan pita pelekat pada kamera kerana saya pernah melihat orang yang lebih bijak dari saya pun meletakkan pita pelekat pada kameranya (webcam laptop),”

Sudah pasti, dua individu berkenaan merupakan di antara orang-orang penting yang berkemungkinan besar untuk menjadi sasaran penggodam. Namun, bagaimana pula pengguna-pengguna biasa macam kita-kita ni?

Sungguhpun anda merasakan anda tidak akan menjadi sasaran intipan dari penggodam, tidak salah rasanya anda mengambil langkah berjaga-jaga dari mendedahkan maklumat sewaktu melayari internet. Ini kerana melalui lensa webcam, penggodam mampu mendapatkan imej dan video anda tanpa disedari dengan tujuan melakukan peras ugut terhadap mangsa.

Komputer dan laptop yang telah dijangkiti dengan malware dan virus berisiko tinggi untuk dikawal dari jarak jauh oleh penggodam. Juga terdapat sesetengah keadaan di mana penggodam menghantar emel dengan pautan mengandungi perisian Remote Administration Tools (RAT) untuk membolehkan komputer atau laptop berkenaan dikawal dari jarak jauh. Apabila akses jarak jauh telah dibenarkan secara tidak sengaja, penggodam berkenaan bebas untuk melakukan apa sahaja terhadap komputer atau laptop berkenaan termasuklah mengawal webcam.

Untuk itu, langkah pencegahan yang boleh diambil oleh anda sewaktu menggunakan laptop adalah;

  • Matikan komputer anda bia tidak digunakan
  • Pastikan perisian-perisian anda sentiasa dikemaskinikan. Terutama sekali pelayar web dan pemalam-pemalamnya – terutama sekali Adobe Flash.
  • Pastikan firewall diaktifkan sepanjang masa.
  • Periksa malware secara berjadual. Pastikan antivirus dipasang dan dihidupkan.
  • Elakkan dari membuka pautan-pautan yang tidak dikenal pasti di dalam emel. Ambil langkah berhati-hati terhadap sebarang pautan walaupun ianya dari orang yang anda kenali.
  • Tampal pita pelekat pada webcam untuk mengelakkan anda diintip. Buat macam Mark Zuckerberg.

Imej cover diperoleh dari Mashable France24

1 komen

Tinggalkan komentar