Lanjutan dari pengumuman Huawei baru-baru ini, Huawei secara rasminya telah mengumumkan harga bagi siri telefon pintar mercu terbaru keluarannya, P40 bagi pasaran Malaysia.

Dilancarkan di peringkat global pada minggu lepas, siri P40 akan mula dibuka pra-tempahannya untuk pasaran Malaysia bermula dari 3 April sehingga 10 April 2020.

P40 Pro akan dijual di pasaran Malaysia pada harga RM3,899. Manakala P40 pula bakal dijual pada harga pasaran, RM2,799. Pelanggan yang membuat pra-tempahan bakal menerima putik telinga Huawei FreeBuds 3 bersama-sama akses percuma 500GB selama 1 tahun ke storan awanan Huawei, waranti lanjutan 1 tahun, perlindungan skrin 1 bulan dan percuma langganan untuk 3 bulan perkhidmatan Huawei Video.

Selain itu, pelanggan yang membuat pra-tempahan P40 Pro juga akan menerima Huawei SuperCharge Wireless Car Charger. Bagi pelanggan yang membuat pra-tempahan P40 pula akan menerima Wireless Charging Case.

Kesemua pra-tempahan yang dibuat bakal diterima oleh pelanggan bermula dari 11 April 2020. Huawei turut menyaatakan kesemua model telefon pintar P40 di Malaysia menyokong rangkaian 5G.

Tinggalkan komentar